• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tidak, Saya Tidak Akan Maafkan Mereka”

oleh AK-47
17/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – “Saya tak akan maafkan mereka,” kata Noorazlina Bakry, 36, yang kehilangan anaknya, Muhammad Fahmie Abdullah, 11, dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur, Khamis, lalu.

Beliau merujuk kepada tujuh suspek berusia 11 tahun hingga 18 tahun, yang ditahan polis kerana dipercayai bertangungjawab membakar bangunan asrama pusat tahfiz berkenaan, menyebabkan kematian 23 orang, termasuk dua guru.

Noorazlina yang kerap menangis kerana bersedih dengan tragedi menimpa Muhammad Fahmie, anak sulung daripada empat beradik itu, berkata beliau tidak menyangka semua suspek yang masih muda sanggup melakukan perbuatan kejam seperti itu.

“Saya tidak mahu berjumpa mereka, tak mahu pandang muka mereka..saya tidak akan maafkan perbuatan mereka.

“Saya mengharapkan keadilan dapat ditegakkan. Biar mereka tak keluar (daripada penjara) pun tak apa. Hati apa (suspek) sanggup buat begitu… terhadap pelajar tahfiz pula tu,” katanya sebak ketika ditemui di rumah keluarganya di Taman Paroi Jaya, di sini, hari ini.

Malam tadi, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, pada sidang media, mengesahkan punca kebakaran asrama pusat tahfiz di Jalan Keramat Ujung, Kampung Dato Keramat, itu bermotifkan dendam.

Beliau turut mengesahkan polis menahan tujuh suspek berusia antara 11 tahun dan 18 tahun, yang dipercayai bertanggungjawab membakar tingkat tiga sebuah banglo yang dijadikan asrama pusat tahfiz berkenaan.

Sementara itu, ibu saudara mangsa, Noridayu Bakery, 32, yang juga adik kepada Noorazlina, berkata kakaknya terlalu sedih apabila mengetahui kejadian itu berpunca daripada perbuatan khianat kumpulan suspek.

“Kami banyak mendengar khabar angin mengenai punca kejadian itu, namun tidak terlalu mempercayainya.

“Bagaimanapun, kami amat terkejut dan sedih sebaik mendengar pengesahan polis melalui televisyen malam tadi.

“Kami harap mereka akan dihukum dengan adil di mahkamah. Kalau boleh kami mahu kumpulan suspek dibawa berhadapan dengan keluarga semua mangsa. Kami mahu mendengar permohonan maaf daripada mulut mereka sendiri,” katanya. – BH Online

Tags: kebakaran pusat tahfiz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kebakaran Tahfiz: Tiada Suntingan Rakaman CCTV – Saksi

07/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak membuat penyuntingan rakaman pergerakan dua tertuduh...

214 Barang Kes Kebakaran Ittifaqiyah Diserah

30/11/2018
0

KUALA LUMPUR — Sebanyak 214 barang kes dalam tragedi kebakaran yang menyayat hati di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd