• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Patuhi SOP Punca Bot KD Terputus Hubungan

oleh Ahmad Albab
14/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kegagalan Pegawai Memerintah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) adalah punca kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Perdana terputus hubungan dengan bot miliknya ketika mengusir nelayan asing di perairan Sedili, Johor pada 20 Mei lalu.

Panglima Tentera Laut Laksamana, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad berkata siasatan TLDM mendapati pegawai itu terlalu ghairah dalam menjalankan tugasnya berikutan terlalu banyak bot nelayan asing di kawasan tersebut sehingga menyebabkan bot milik KD Perdana terbabit terlepas daripada pengawasan.

“(Ini) kesalahan besar kerana tidak patuhi SOP,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Inovasi TLDM yang bertemakan ‘Inovasi Budaya TLDM’, di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Ahmad Kamarulzaman berkata pegawai berkenaan telah dikeluarkan daripada pemerintahan kapal dan akan dikenakan tindakan lanjut.

Dalam kejadian itu KD Perdana dilaporkan terputus hubungan dengan botnya yang membawa tim menggeledah ketika mengusir nelayan asing di perairan berkenaan.

Bot itu yang membawa seorang pegawai dan lapan anggota laskar kanan berjaya dikesan 90 batu nautika timur Kuantan oleh pesawat Beechcraft milik Tentera Udara Diraja Malaysia pada 22 Mei.

Terdahulu, TLDM menandatangani Ikrar Bebas Rasuah dan Nota Kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memantapkan usaha memerangi rasuah serta meningkatkan tadbir urus pasukan.

Ahmad Kamarulzaman mengetuai bacaan ikrar bebas rasuah dengan disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Azam Baki. – BERNAMA

Tags: KD PerdanaTLDM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kelindan Lori Didakwa Peras, Rogol Jururawat

Next Post

2 Penunggang Motosikal Maut Dalam Kemalangan

Related Posts

Tan Sri Dapat DNAA, Keadaan Mental Tak Sesuai Dibicarakan

Tan Sri Dapat DNAA, Keadaan Mental Tak Sesuai Dibicarakan

12/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini, melepas tanpa membebaskan (DNAA) bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) Tan...

Leftenan Nafi Duduk Atas Perut, Berkali-kali Tampar Pegawai Kadet TLDM

Leftenan Nafi Duduk Atas Perut, Berkali-kali Tampar Pegawai Kadet TLDM

09/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini menafikan di Mahkamah Sesyen, di sini, bahawa beliau duduk...

Next Post

2 Penunggang Motosikal Maut Dalam Kemalangan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd