• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Hantar Zakir Pulang Tidak Jejas Siasatan Polis

oleh
26/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOMBAK – Keputusan kerajaan untuk tidak menghantar pulang penceramah kontroversi, Dr. Zakir Naik ke India tidak akan menjejaskan siasatan laporan terhadapnya berhubung kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan menyedari rasa kurang senang yang timbul dalam kalangan rakyat Malaysia disebabkan tindakan Zakir, justeru siasatan dijalankan supaya sebarang dakwaan diteliti dengan adil.

“Wajar atau tidak Zakir dihantar disebabkan oleh tuntutan India dan sebagainya itu adalah hak kita. Pandangan daripada Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad) juga menjadi panduan kita.

“Tiada undang-undang menyatakan kita mesti respons. Kalau ada sebab-sebab tertentu yang kita rasa tidak wajar, maka kita tidak perlu respons terhadap tuntutan mana-mana negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Antarabangsa mengenai nilai keagamaan dalam mencegah dan mengawal ekstremisme ganas (PCVE) di Universiti Islam Antarabangsa, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, setakat ini, pendirian Malaysia untuk tidak menghantar Zakir pulang ke India masih kekal dan siasatan terhadapnya tetap dilakukan kerana ia melibatkan hal berbeza isu dalam negara.

“Ada beberapa perkara yang dia perlu patuh. Zakir Naik ke Zakir Turun ke, semua sama. Bukan bermakna kita tidak hormat. Masyarakat Islam kata nak mempertahankan dia, tapi kalau dia menyentuh pihak tertentu macam sekarang, kita tidak boleh biarkan,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, setakat ini beliau belum menerima laporan penuh siasatan terhadap Zakir sama ada sudah selesai dijalankan atau belum.

“Saya belum dapat laporan lengkap dari polis sama ada sudah selesai siasat berdasarkan beberapa laporan polis dibuat terhadap beliau. Selepas siasatan biasanya polis akan kemukakan ke Peguam Negara,” katanya.

Terdahulu polis membuka kertas siasatan terhadap penceramah bebas, Zakir kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keamanan di negara ini.

Zakir didakwa memberikan kenyataan kontroversi terhadap kaum Cina di negara ini sebagai kenyataan balas kepada pihak yang mengarahkannya supaya keluar dari Malaysia.

Zakir dalam satu syarahan di Kelantan, sebelum itu juga didakwa mengeluarkan kenyataan mengaitkan penganut Hindu di negara ini lebih percaya kepada Perdana Menteri di India berbanding Dr. Mahathir. – Sinar Harian

Tags: IndiaMuhyiddin YassinZakir Naik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahathir Nafi Kerajaan PH Berpecah-Belah, Hilang Sokongan

Next Post

Tawaran Maju Holdings Ambil Alih PLUS Masih Dalam Penilaian

Related Posts

Pesawat Tempur Pakistan Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih India

Pesawat Tempur Pakistan Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih India

10/05/2025
0

ISLAMABAD – Pakistan berjaya memusnahkan sistem pertahanan udara S-400 milik India yang terletak di Adampur, daerah Jalandhar, negeri Punjab, India,...

Elak Perjalanan Ke India-Pakistan Buat Sementara Waktu

Elak Perjalanan Ke India-Pakistan Buat Sementara Waktu

10/05/2025
0

SEREMBAN: Rakyat Malaysia yang merancang ke India dan Pakistan khususnya di wilayah Kashmir dinasihatkan menangguhkan sementara perjalanan tidak penting susulan...

Next Post

Tawaran Maju Holdings Ambil Alih PLUS Masih Dalam Penilaian

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd