Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Erdogan Gesa Israel, Palestin...

KUALA LUMPUR - Presiden Turki, Recep Tayyep Erdogan menyeru kedua-dua pihak Israel dan...

Imigresen Kedah Tahan 25...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 25 pendatang asing tanpa izin (PATI)...

Lebih 20,000 Banjiri Syarahan...

MELAKA - Lebih 20,000 menghadiri syarahan penceramah terkenal Dr. Zakir Naik di Dewan...

Pertabalan Sultan Kedah Catat...

ALOR SETAR - Selepas hampir enam dekad, rakyat Kedah berpeluang menyaksikan detik yang...

Tiada Kuota Kaum Dalam Pengambilan Anggota Tentera

KUALA LUMPUR – Tiada kuota berkaitan kaum dalam pengambilan calon untuk menganggotai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), tegas Panglimanya, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Affendi berkata, stigma masyarakat bahawa hanya satu-satu kaum sahaja diberi peluang dalam pasukan keselamatan itu adalah tidak tepat kerana pengambilan perkhidmatan itu berdasarkan permohonan yang menepati syarat-syarat ditetapkan.

“ATM tidak pernah menetapkan kuota mana-mana kaum semasa proses pemilihan dan pengambilan dilaksanakan, maka tidak timbul tanggapan bahawa ATM hanya untuk satu-satu kaum sahaja.

“Pemilihan juga dilaksana secara adil dan telus tanpa mengambil kira perbezaan kaum ataupun agama,” katanya dalam wawancara khas sempena Hari ATM ke-88 di Wisma Perwira ATM, di sini, hari ini.

Menjelaskan perkara itu, Affendi berkata berdasarkan analisis kemasukan, terdapat 20 hingga 25 peratus kemasukan calon bukan Melayu menyertai Perajurit Tentera Darat setiap tahun sejak dari 2017 hingga 2020.

“Perajurit Muda Tentera Laut Diraja Malaysia pula dari 2016 hingga 2020 menunjukkan peningkatan kepada 18 peratus.

“Bagi Tentera Udara Diraja Malaysia pada 2019 pula, permohonan kemasukan adalah sebanyak 19.5 peratus daripada jumlah permohonan keseluruhan dan pada tahun lepas sebanyak 24 peratus daripada jumlah keseluruhan permohonan,” katanya.

Affendi berkata sehingga kini, peratusan bukan Melayu yang berkhidmat dalam ATM adalah sebanyak 14.49 peratus daripada jumlah keseluruhan kekuatan angkatan itu.


“Walaupun penyertaan daripada kaum bukan Melayu dilihat tidak ramai, namun peranan dan sumbangan yang diberikan oleh mereka bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kedaulatan negara amat bermakna dan membanggakan,” katanya.

Beliau berkata ATM pada masa sama komited meneruskan usaha menarik minat para belia tanpa mengira agama dan kaum untuk menyertai pasukan keselamatan itu.

“Ia termasuk melaksanakan promosi secara dalam talian dan meluaskan hebahan media sosial seperti di laman Facebook, Instagram dan Twitter mahupun laman sesawang dari setiap perkhidmatan.

“Selain itu, aktiviti promosi turut diadakan dengan mengadakan pameran dan ceramah kerjaya di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, selain di universiti, anjuran Kementerian Pertahanan, agensi awam dan swasta,”katanya.

Beliau berkata usaha turut dilakukan dengan mengedar brosur serta risalah ke sekolah-sekolah dan lain-lain pertubuhan berkaitan, bagi memupuk minat dan menyalurkan maklumat tentang peluang dan kelebihan menyertai ATM.

“ATM turut berhubung rapat dengan agensi kerajaan, wakil rakyat selain badan bukan kerajaan dan pelbagai persatuan bagi menggalakkan aktiviti promosi serta pengambilan sumber manusia ATM,” katanya. – BERNAMA

Kategori