• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Harga Siling Untuk Ikan Kembung

oleh Ahmad Albab
14/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak berhasrat untuk menetapkan harga siling ikan kembung dan ‘ikan rakyat’ yang lain buat masa ini walaupun harga ikan naik ketika ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata sebaliknya harga ikan tersebut akan terus ditentukan oleh pasaran sementara kawalan harga akan menyebabkan penyalahgunaan stok ikan berkenaan.

“Dalam ekonomi, kurang peraturan lagi bagus. Biar pasaran yang menentukannya. Kalau terlalu kawal nanti ada penyalahgunaan,” katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datin Mastura Mohd Yazid (BN-Kuala Kangsar) mengenai harga ikan kembung di pasaran yang tiba-tiba melonjak dan langkah untuk mengatasi keadaan itu.

Ahmad Shabery berkata harga ikan kembung yang tinggi sekarang ini dijangka bersifat sementara kerana terdapat kekurangan pendaratan ikan berkenaan oleh nelayan.

“Ini kerana terdapat perubahan corak cuaca tahun ini. Kita jangka tengkujuh sepatutnya berakhir Januari atau Februari dan ikan kembung akan naik (mendarat) banyak. Tetapi ini sehingga Mac masih kurang naik.

“Kita jangka April ini pendaratan ikan kembung kembali banyak dan harga akan stabil semula,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Mastura mengenai rancangan kerajaan membangunkan ternakan ikan air tawar agar tidak bergantung kepada ikan marin, Ahmad Shabery berkata kerajaan sedang berusaha ke arah itu.

Katanya lebih banyak kawasan berpotensi untuk ternakan ikan air tawar akan dibangunkan di seluruh negara bagi mencapai sasaran bekalan 50 peratus ikan negara datang daripada ikan ternakan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Shabery CheekIkan Kembong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Setiap Hari Bawa Bekal Ke Kubur Isteri… Serius Sebak!

Next Post

50 Rakyat Korea Utara Tamat Permit Kerja Dihantar Balik

Related Posts

ECRL Pun Tinggal Kenangan Seperti Perwaja Steel

23/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Satu ketika dahulu projek Perwaja Steel pernah menjadi projek kebanggaan Perdana Menteri ke-4 untuk masyarakat Pantai Timur...

Shabery Anggap Pemilihan UMNO Kali Ini Paling Meriah

21/06/2018
0

KUALA LUMPUR – Pemilihan pucuk pimpinan UMNO yang akan datang tidak lama lagi dilihat paling meriah sengan penawaran diri ramai...

Next Post

50 Rakyat Korea Utara Tamat Permit Kerja Dihantar Balik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd