• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada DNA Manusia Pada Anak Kambing Mirip Wajah Manusia

oleh Ahmad Albab
14/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ujian makmal veterinar mendapati tiada asid deoksiribonukleik (DNA) manusia pada anak kambing yang dikatakan berwajah seperti manusia di Kota Tinggi, Johor seperti diviralkan di media sosial, kata Ketua Pengarah Veterinar, Datuk Kamarudin Md. Isa.

Beliau berkata secara genetik anak kambing itu tidak normal dan ia mati dalam kandungan.

“Ia merupakan satu keganjilan janin, semua pihak diminta menghentikan spekulasi negatif dan tidak menyebarkan fakta tidak benar.

“Tidak ada isu yang mengatakan anak kambing itu adalah hasil salah laku seks manusia ke atas ibu kambing. Itu persepsi salah,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkembangan kes anak kambing yang dikatakan berwajah manusia itu.

Pada 24 April lalu, media melaporkan seorang peneroka di Felda Sungai Mas, Kota Tinggi terkejut apabila mendapati kambing peliharaannya melahirkan seekor anak berwajah pelik yang didakwanya seakan-akan manusia, termasuk berhidung kemek dan berkaki pendek.

Kamarudin berkata sampel anak kambing berkenaan diuji di Makmal Veterinar Johor Bahru akhir bulan lepas.

Keganjilan janin merupakan satu perkara yang biasa berlaku dalam kalangan haiwan namun peratusannya adalah sangat kecil iaitu satu peratus, katanya.

Tambah beliau, antara faktor yang menyebabkan keganjilan janin ialah kurang zat dan jangkitan penyakit.

Dalam sidang akhbar yang sama, Kamarudin menjelaskan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengamalkan dasar terbuka dalam meluluskan permohonan mengimport ternakan hidup dan juga daging seperti daging kerbau sejuk beku, daging lembu dan kambing serta keratan ayam.

Ruangan pojok sebuah akhbar baru-baru ini mendakwa JPV membuat keputusan yang memihak kepada pemain-pemain besar industri yang dianggap kartel. – BERNAMA

Tags: anak kambing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Anak Kambing Mata Satu Sempat Hidup 5 Minit

24/10/2019
0

RANTAU PANJANG - "Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku," kata Sahabudin Muhamad, 52, setelah dua anak kambing bermata satu...

Kambing 2 Muka Dilahirkan Di Pakistan

11/03/2018
0

ISLAMABAD - Satu rakaman video yang memaparkan seekor anak kambing yang dilahirkan dengan dua muka termasuk dua mulut dan empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd