• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Telur Pasaran Tempatan Selamat Dimakan

oleh
15/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Kerajaan memberi jaminan bekalan telur di pasaran tempatan adalah selamat untuk dimakan berikutan penemuan bakteria Salmonella Enteritidis (SE) oleh pihak berkuasa Singapura hanya membabitkan sebuah ladang sahaja.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai tindakan Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan telur dikeluarkan di Lay Hong Berhad Layer Farm di Jeram, Selangor, ditarik balik dari pasaran negara itu.

Katanya, beliau akan mendapatkan maklumat lanjut dan laporan penuh daripada agensi penguatkuasaan tempatan berkaitan tindakan SFA bagi memastikan keselamatan pengguna adalah terjamin. 

“Daripada maklumat awal yang diterima, kejadian ini hanya membabitkan satu ladang dan kumpulan pengeluaran tertentu sahaja dengan ladang tersebut sudah dimaklumkan mengenai tindakan yang diambil SFA.

“Kita kena faham masalah ini hanya membabitkan ladang tertentu dan ia bukan wabak di semua ladang di Malaysia, secara umum telur di pasaran (Malaysia) masih selamat,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri program Penyerahan Bantuan Banjir Tabung Bencana Tanaman Padi Bulan September dan Oktober 2020 di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) H-II Jitra.

Kiandee berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan lengkap berkaitan kejadian berkenaan secepat mungkin bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada orang ramai.

Kelmarin, SFA mengarahkan empat pengimport untuk menarik balik telur dari Lay Hong Berhad Layer Farm di pasaran negara itu sebagai langkah berjaga-jaga.

Kenyataan yang dikeluarkan di laman sesawang SFA menyatakan arahan itu dibuat berikutan penemuan bakteria Salmonella Enteritidis (SE) pada produk berkenaan yang boleh menyebabkan penyakit disebabkan makanan, jika ia dimakan secara mentah atau separuh masak. – myMetro Online

Tags: Bakteria SESingapuratelur
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Lompat Kijang, Lompat Jauh’ Terpulang Ahli Politik – SPRM

Next Post

1,973 Sembuh, 3 Kematian, 1,208 Kes Baharu Covid-19

Related Posts

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

14/11/2024
0

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis untuk memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan...

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Aliff Aziz mengaku lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga di Singapura dan berehat sebelum memutuskan untuk kembali...

Next Post

1,973 Sembuh, 3 Kematian, 1,208 Kes Baharu Covid-19

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd