• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tan Chee Tean Seorang Pemain Yang Berdedikasi – Setiausaha KBA

oleh Cj Mnh
01/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Persatuan Badminton Kedah (KBA) kehilangan seorang pemain badminton yang berdedikasi susulan kehilangan bekas pemain badminton kebangsaan Tan Chee Tean yang meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di selatan Brno, Republik Czech, Sabtu lepas.

Setiausaha Kehormatnya Goh Yen Yen berkata dia terkejut dan sedih apabila menerima berita itu daripada rakan baik Tan sebelum menghubungi keluarga bekas pemain badminton negara itu untuk mendapatkan pengesahan.

“Dia (Tan) bermain badminton di bawah KBA sejak sekolah rendah dan sekolah menengah sebelum ke Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan dia merupakan seorang pemain yang cukup berdisplin, patuh arahan jurulatih dan tekun.

“Jadi, ini merupakan satu kehilangan besar bagi KBA. Kali terakhir saya berjumpa dengannya pada tiga minggu lalu apabila dia pulang ke Alor Setar dan masa itu kami bersembang lama mengenai badminton,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Goh berkata dia difahamkan keluarga bekas pemain badminton negara itu sedang menguruskan urusan untuk membawa pulang mayat mendiang.

Dalam kejadian itu, Tan, 24, yang menaiki kereta sedang dalam perjalanan pulang ke Austria selepas menyertai kejohanan Terbuka Republik Czech sebagai pemain persendirian.

Beliau menyertai beregu campuran dalam kejohanan ‘Czech Republic International Challenge’. – BERNAMA

Tags: pemain badmintonTan Chee Tean
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Laporan Myscan Platform Rujukan Pakar Onkologi Negara

Next Post

Jenazah Bekas Adun Tahan Tiba Esok

Related Posts

Kento Momota, 2 Pegawai Sukan Pulang Ke Jepun

15/01/2020
0

SEPANG - Pemain badminton nombor satu dunia Kento Momota dan dua pegawai sukan Jepun yang cedera dalam kemalangan awal pagi...

Nahas Babitkan Momota Tiada Elemen Sabotaj

14/01/2020
0

PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menegaskan tiada elemen sabotaj dalam insiden kemalangan jalan raya membabitkan pemain...

Next Post

Jenazah Bekas Adun Tahan Tiba Esok

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd