• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Boleh Halau Lynas, Pelabur Asing Perhati – Mahathir

oleh
09/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

FUKUOKA – Malaysia tidak boleh ‘menghalau’ Lynas setelah menjemput syarikat perlombongan nadir bumi itu melabur di negara ini hanya kerana terdapat pihak yang tidak mahu menerima kajian pakar, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, Lynas telah melabur lebih RM1 bilion untuk operasinya di Malaysia cuma proses pelombongan nadir bumi itu dikatakan mempunyai radioaktif pada sisanya.

Katanya, kajian pakar melaporkan sisa radioaktif “pada tahap sangat tendah” dan tidak berbahaya kepada kesihatan dan beliau berpendapat terdapat juga cara untuk mengurangkan lagi “radioaktif yang sikit itu”.

“Kita yang panggil (datang melabur) lepas tu kita halau dia keluar.

“Orang lain kata negara buat janji, bila buat masalah dia halau pelabur…tak boleh macam tu,” katanya kepada wartawan Malaysia ketika mengakhiri lawatan kerja dua harinya ke Fukuoka pada Khamis.

Dr. Mahathir berkata pelabur asing langsung sedang memerhatikan tindakan kerajaan terhadap Lynas.

“Kalau kita halau pelabur asing Lynas ini, yang lain (pelabur asing) tak akan datang (Malaysia). Sebab ada yang kita tak suka…maka kita suruh dia (pelabur) keluar. Siapa (pelabur) nak datang, mereka perlukan kepastian,” katanya.

Dr. Mahathir berkata, jika sisa radioaktif itu berbahaya, pekerja di Lynas Malaysia yang terdiri daripada kira-kira 600 jurutera tempatan akan sakit.

“Pakar buat laporan itu tapi ada pihak tak terima keputusan expert itu. Ini jadi masalah kalau kita suruh pakar buat kajian, tapi tolak. Apa guna suruh pakar buat kajian,” katanya.

Selain kehilangan pelaburan, 600 pekerja tempatan juga akan hilang pekerjaan jika Lynas ditutup, katanya.

“Enam ratus pekerja di situ orang kita, mereka tak takut pun, mintak (operasi) diteruskan,” katanya.

Tags: lynas corporationMahathir Mohamadnadir bumiPelabur asing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keputusan Ambil Alih Lebuh Raya Diumum Akhir Bulan

Next Post

Kutipan 10% Tabung Masjid Tak Wajar – GPMS Pulau Pinang

Related Posts

Dewan Negara: Kerajaan Disaran Tubuh Agensi Kawal Selia Nadir Bumi

Dewan Negara: Kerajaan Disaran Tubuh Agensi Kawal Selia Nadir Bumi

21/09/2023
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran menubuhkan sebuah agensi, badan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi mengawal selia semua urusan berkaitan...

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Next Post

Kutipan 10% Tabung Masjid Tak Wajar - GPMS Pulau Pinang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd