Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Yuna, Adam Sinclair Bakal...

HARI ini kecoh di portal-portal hiburan tempatan dengan berita bahawa wanita yang kini...

Gulp! Robot Seks Bakal...

HUBUNGAN seks dengan robot persis manusia tulen mungkin akan menjadi amalan biasa menjelang...

Jijik…Warga Emas 91 Tahun...

LANARKSHIRE – Seorang remaja berusia 17 tahun, Kriss Strachan mengejutkan penduduk di Bellshill...

Pesawat Ringan Mendarat Cemas...

SEBUAH pesawat jenis Piper Warrior PA28 dilaporkan melakukan pendaratan cemas di sebuah kawasan padang...

“Syaitan Banyak Sangat…” – Abam Bocey

PELAWAK dan pelakon Abam Bocey mengakui kedatangan bulan Syawal banyak memberi dugaan kepadanya memandangkan dia kini sedang dalam misi mengurangkan berat badannya.

Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 30, mengakui dia seringkali gagal menahan godaan apabila melihat pelbagai hidangan enak disediakan setiap kali berkungjung ke rumah terbuka.

“Memang saya akui raya kali ini rosak sikit diet saya. Saya cuba mengawal nafsu tapi nampaknya ‘syaitan’ banyak sangat… Hahaha.

“Walaupun adakalanya tergelincir daripada landasan tetapi saya selalu ingatkan diri tentang usaha saya selama ini agar ia tidak menjadi sia-sia,” katanya.

Abam yang berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 25 kilogram memberitahu akan terus fokus dengan misinya sehingga tercapai.

Bentuk fizikal Abam sudah banyak berubah.

Akuinya bukan mudah namun kata Abam dia bersyukur kerana mempunyai sistem sokongan daripada keluarga, isteri dan rakan-rakan sekeliling yang sentiasa memberinya semangat agar tidak berputus asa.

“Sebelum ini berat badan saya 188 kilogram dan Alhamdulillah berjaya kurangkan 25 kilogram.


“Masih jauh lagi perjalanan saya malah berharap dapat mencapai angka bawah 100 kilogram,” ujarnya.

Selain mengamalkan pemakanan seimbang Abam memberitahu dia juga giat melakukan senaman bersama pelatih peribadi dan secara berkumpulan.

Dalam perkembangan lain, Abam bakal bersaing dalam program Super Spontan Xtravaganza yang memulakan siaran bermula 20 Julai ini di Astro Warna.

Selain itu, Abam juga bakal membintangi filem Jodoh Syaitan disamping Aprena Manrose, Soffi Jikan, Wan Hanafi Su dan Fauziah Nawi. – mStar Online

Kategori