• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Edar Dadah Dalam Bungkusan Roti Canai Diberkas

oleh
15/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOMBAK – Seramai lima individu termasuk dua wanita ditahan kerana dipercayai terlibat dengan pengedaran dadah dalam bungkusan roti canai.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kesemua individu berusia lingkungan 18 hingga 70 tahun itu diberkas sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dalam operasi di kawasan Petaling Jaya dan Setiawangsa.

“Kita menahan seorang suspek yang memesan bungkusan tersebut di Setiawangsa semalam.

“Tiada sebarang penemuan dadah bersamanya namun hasil ujian air kencing mendapati suspek yang merupakan pelajar kolej itu positif dadah,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Arifai berkata, pihaknya juga telah menangkap seorang lagi lelaki yang membekalkan bungkusan itu dalam serbuan di sebuah rumah di Bangsar pada jam 12.30 tengah malam.

“Turut ditangkap seorang lelaki dipercayai rakannya yang bekerja sebagai pembantu kedai serta dua wanita yang berada dalam rumah tersebut.

“Dalam serbuan ini, kita merampas satu ketulan mampat dan beberapa peket dadah disyaki jenis ganja,” katanya.

Kelmarin, seorang pekerja penghantar makanan terkejut selepas bungkusan makanan yang dibawanya berisi peket dadah di Gombak di sini.

Arifai berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada pengadu terbabit kira-kira jam 7 petang.

“Lelaki berusia lingkungan 30-an itu menyatakan dia menerima pesanan melalui aplikasi tempahan daripada seorang individu di Tropicana Petaling Jaya untuk menghantar bungkusan kepada penerima di Setapak, Kuala Lumpur.

“Semasa berada di kawasan Gombak, pengadu telah membuka bungkusan itu kerana berasa tidak sedap hati. Setelah dibuka didapati dalam bungkusan roti canai itu terdapat dua peket plastik lut sinar disyaki dadah,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Edar Dadahperintah kawalan pergerakanroti canai
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sajat Mohon Maaf Isu Pondan Tak Kena Corona

Next Post

Agong Adakan Mesyuarat Pra-Kabinet Melalui Sidang Video

Related Posts

Sembilan Lelaki Didakwa Edar Dadah RM118 Juta

Sembilan Lelaki Didakwa Edar Dadah RM118 Juta

28/01/2025
0

SABAK BERNAM - Seorang warga tempatan dan lapan lelaki warga Taiwan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini pada...

Empat Individu Didakwa Edar Dan Miliki Dadah Hampir 100 Kg

Empat Individu Didakwa Edar Dan Miliki Dadah Hampir 100 Kg

16/01/2025
0

JOHOR BAHRU: Empat individu termasuk seorang wanita dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret berasingan di sini, hari ini atas tuduhan mengedar...

Next Post

Agong Adakan Mesyuarat Pra-Kabinet Melalui Sidang Video

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd