Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Kerja Pembinaan, Penyelenggaraan Lebuh...

PETALING JAYA : Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengarahkan semua syarikat konsesi lebuh raya...

El Nino: MARDI Tangguh...

KEPALA BATAS - Jadual penanaman padi di kawasan Seberang Perai Utara untuk tahun...

Warden Diburu Disyaki Liwat...

KANGAR - Setelah kira-kira 48 jam diburu, seorang warden asrama yang disyaki meliwat...

Penyanyi Natalie King Cole...

PENYANYI terkenal era 1980 dan 1990-an, Natalie King Cole, yang juga merupakan anak...

Sultan Pahang Tetap Makan Roti Canai Di Restoran

MESKIPUN telah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang VI, ia tetatp tidak ubah keperibadian Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Ia dibuktikan apabila baginda dan isteri, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah masih kunjungi restoran D’Wafi di Indera Mahkota, Kuantan sambil bersarapan dan berbual bersama orang ramai di situ.

Difahamkan, Al-Sultan Abdullah sering mengunjungi restoran tersebut untuk bersarapan pagi sebaik selesai solat fardu Subuh berjemaah di Masjid Imam Ash Shafie, Kota SAS sejak baginda menjadi Tengku Mahkota Pahang lagi.

Sultan Pahang baharu ini malahan turut menggemari telur separuh masak dan ia seolah-olah menu ‘wajib’ setiap kali baginda datang bersarapan di restoran berkenaan di samping beberapa hidangan lain seperti roti canai.

Kelaziman tersebut sekali lagi diteruskan baginda dan isterinya apabila pasangan diraja itu berkenan berangkat ke restoran itu sebaik mereka selesai menunaikan solat Subuh di masjid berhampiran.

Baginda yang tiba di restoran berkenaan kira-kira pukul 6.35 pagi bahkan meluangkan masa satu jam bersarapan menu kegemaran baginda iaitu telur separuh masak, nasi lemak dan roti canai.


Roti canai telur pula dilihat menjadi menu pilihan Tunku Azizah sebelum pasangan diraja itu meluangkan masa berbual dengan orang ramai di restoran itu.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah bersama isteri berangkat ke masjid berkenaan pada 6 pagi, bagi menunaikan solat sunat fajar yang kemudian disusuli solat fardu Subuh.

Baginda kemudian meluangkan masa beberapa minit dengan mengaji al-Quran sebelum berangkat ke restoran D’ Wafi untuk bersarapan. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori