• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Johor Sindir Lagi Mahathir Usah Keliru Rakyat

oleh Ahmad Albab
23/02/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan ahli politik dari luar negeri ini supaya jangan mengelirukan rakyat dan memecah-belahkan perpaduan bangsa Johor dengan mencampuri urusan negeri ini.

Baginda bertitah rakyat Johor telah menikmati hidup yang selesa, aman dan damai sehingga kini, justeru orang luar tidak perlu berlagak pandai atau mengajar apa yang patut dibuat untuk kesejahteraan negeri ini.

“Rakyat Johor tidak akan terpengaruh dengan tipu helah orang luar yang cuba menakut-nakutkan rakyat dengan cerita dongeng…mungkin orang luar ini telah lupa zamannya telah berlalu.

“Dahulu, dia (ahli politik dari luar negeri) sering menyindir Melayu mudah lupa, hari ini dia sendiri menunjukkan sifat pelupanya.

“Dulu kata pembangkang musuh ketat tetapi boleh duduk semeja menjadi kawan rapat, kata media barat suka buat cerita sekarang cerita media barat dikatanya fakta,” titah baginda hari ini.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Galeri Darurat Bukit Kepong, di Bukit Kepong di sini dan berangkat sama Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli turut hadir.

Sultan Ibrahim menasihatkan kepada orang luar itu supaya “tidak sibuk menjaga tepi kain orang dan lebih baik membetulkan kain sendiri yang telah reput dan koyak.”

Baginda bertitah sejak kecil lagi baginda telah dididik untuk menjaga negeri ini dan tahu apa yang terbaik untuk Johor, justeru baginda tidak akan menganiaya rakyat sendiri.

“Kejayaan yang dicapai ini kerana adanya hubungan yang baik antara saya dengan menteri besar sekarang,” titahnya.

Titah baginda, apabila sampai ke tahap baginda tiada kudrat untuk memerintah negeri ini, baginda akan turun takhta dan menyerahkan pemerintahan negeri ini kepada puteranya.

“Saya tidak akan campur tangan atau kecam raja baharu yang memerintah, lepas itu awak (rakyat) terimalah raja baharu dan ikut perintah dia.

“Jangan nanti saya dihantar ke rumah orang tua sudah lah,” titah baginda. – BERNAMA

Tags: Bukit KepongSultan IbrahimSultan Johor
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Semoga Allah Melindungi Agong, Institusi Raja Daripada Fitnah Dan Niat Jahat – Onn Hafiz

Semoga Allah Melindungi Agong, Institusi Raja Daripada Fitnah Dan Niat Jahat – Onn Hafiz

21/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak mewujudkan akaun TikTok palsu menggunakan nama dan imej Yang...

Sultan Ibrahim Kurnia SMIJ Kepada Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, DK I Kepada Raja Muda Johor

Sultan Ibrahim Kurnia SMIJ Kepada Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, DK I Kepada Raja Muda Johor

20/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd