• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Subsidi Petrol: 45,000 Penerima BSH Tiada Akaun Bank

oleh
22/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kira-kira 45,000 daripada 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) daripada golongan B40 yang layak menerima bantuan Program Subsidi Petrol (PSP) tidak mempunyai akaun bank bagi membolehkan bantuan tersebut disalurkan.

Justeru itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution Ismail berkata, kementeriannya akan meminta kerjasama institusi perbankan tempatan bagi membantu penerima untuk membuka akaun bank dengan baki sifar.

“Mereka hanya perlu mempunyai nombor akaun bank sahaja. Kalau boleh dapat kerjasama daripada bank adalah lebih baik,” katanya ketika menjadi tetamu jemputan rancangan Ruang Bicara yang disiarkan oleh Bernama News Channel, di sini, malam tadi.

Beliau berkata ia bagi memudahkan penyaluran bantuan tunai akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima setiap empat bulan di mana pembayaran pertama akan dibuat pada April 2020 bagi tempoh Jan hingga April 2020.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, ketika membentangkan Belanjawan 2020 pada 11 Oktober lepas, berkata bermula Jan 2020, PSP bersasar akan dilancarkan di Semenanjung Malaysia dengan dua kategori kelayakan.

Pertama bagi penerima BSH (B40) yang layak, subsidi petrol yang diberikan untuk setiap penerima adalah sebanyak RM30 sebulan untuk pemilik kereta atau RM12 sebulan untuk pemilik motosikal.

Bagi kategori kedua ialah semua pemandu lain yang layak dan bukan penerima BSH, yang akan menerima Kad95 yang membolehkan mereka menikmati subsidi petrol 30 sen per liter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter sebulan bagi motosikal.

Kenderaan yang layak untuk subsidi itu adalah kereta dengan kapasiti enjin 1,600cc dan ke bawah atau kereta dengan kapasiti enjin melebihi 1600cc yang berusia lebih 10 tahun, atau motosikal dengan kapasiti enjin sehingga 150cc dan ke bawah, atau motosikal dengan kapasiti enjin melebihi 150cc yang berusia lebih tujuh tahun.

Tags: Bantuan Sara HidupPSPsubsidi petrol
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Komik Propaganda Hangatkan Dewan Rakyat

Next Post

SEA Minta Ahlinya Tidak Beli Minyak Sawit Malaysia

Related Posts

Permohonan Rayuan BSH Dibuka Sehingga Sabtu Ini

02/09/2020
0

PUTRAJAYA - Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 dibuka sehingga 6 September ini dan tiada sebarang bayaran dikenakan bagi...

Pembayaran BSH Fasa Ketiga Bermula Jumaat

20/07/2020
0

PEMBAYARAN Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 fasa ketiga akan dilaksanakan mulai Jumaat ini. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini...

Next Post

SEA Minta Ahlinya Tidak Beli Minyak Sawit Malaysia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd