• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Strategi Mahathir Dan ZMA Tak Menjadi

oleh Ahmad Albab
30/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

STRATEGI Mahathir pada PRU 14 ini jelas kelam-kabut dan haru-biru.

Selain gagal meraih simpati melalui klip drama pendek Harapan/Kasihanilah Atuk, strategi menghantar Zahid Mat Arip (ZMA) ke Pekan sebagai calon PKR juga hanya menghabiskan duit.

Salakan ZMA di Pekan tidak bersahut. Geng PKR yang lain menjadikan kempen ZMA hanya seperti ‘anjing menyalak bukit’.

Tukang salaknya, ZMA dihantar ke Pekan untuk menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.

Di Pekan, ZMA diarah memainkan isu Felda. Strateginya supaya ZMA jadi alat untuk kempen Tsunami Melayu melalui taktik mengubah undi peneroka Felda seluruh negara.

Kempen ZMA kini hanya macam seketul belacan kering. Semua rakan-rakan PKR tidak membantu melobi isu Felda. PKR mengubah taktik dengan isu menyerang SPR dengan isu pembatalan pencalonan.

Naya ZMA. Ibarat anjing menyalak gunung jadinya.

Walaupun suaranya ZMA jadi serak macam anjing letih menyalak gunung, taktik Tsunami Felda jadi hambar.

Walaupun cuba dibantu portal pro Mahathir di UK, Sarawak Report, gelombang Tsunami Felda jadi taktik bodoh sahaja.

Siapa nak dengar caka ZMA. Orang Felda sendiri tahu, ZMA ini antara suspek yang disiasat dalam isu menyonglap duit Felda.

Ucapan ZMA pada 28 April, selepas menjadi calon PKR di Pekan, yang menuduh PM Najib sengaja mencipta hutang kepada peneroka jelas satu fitnah murahan.

Mahathir sebenarnya mengharapkan Sarawak Report, portal anti PM Najib yang beroperasi di London, melobi isu Felda supaya tersebar di seluruh dunia.

Mana tidaknya, pada 28 April juga, editor portal itu Claire Brown menyiarkan laporan kononnya PM Najib terbabit dalam skandal urusniaga pembelian syarikat sawit gergasi Indonesia, Eagle High Plantation.

Laporan Sarawak Report juga gagal mencetuskan reaksi. Tiada respon daripada New York Times dan Bloomberg. Jadi, usaha untuk menekan PM Najib melalui media gergasi dunia, tidak menjadi.

Ada 9 hari lagi untuk berkempen. Apa lagi drama dan strategi Mahathir selepas ini?

Apa pun Mahathir sudah menerima isyarat awal. Rakyat sudah letih dengan isu. Terlalu banyak fitnah sejak 10 tahun lalu, membuatkan rakyat muak dengan isu dan fitnah.

Pengundi nampaknya lebih relaks kali ini. Pengundi lebih melihat ke hadapan. Justeru, pengundi sekarang sibuk menilai aspirasi masa depan yang ditawarkan oleh parti-parti yang berkempen sepanjang PRU14 ini.

Jadi, drama sedih atuk tua Mahathir dan konspirasi Tsunami Felda yang dirancang bersama ZMA dan Sarawak Report, kini ibarat menjirus air di daun keladi.

Atau lebih tepat: Tiga ekor anjing sedang menyalak gunung. Anjing akan sakit tekak, gunung tetap di situ juga. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Tun MahathirZahid Mat Arip
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Tokan’ Campak Dadah Ke Belukar Elak Ditahan

Next Post

BN Akan Terus Mempertahankan Mara

Related Posts

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

22/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Bintang sensasi bola sepak negara, Faisal Halim tidak terduga dan menyangka apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun...

Next Post

BN Akan Terus Mempertahankan Mara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd