• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Status Nikah Joy, Bekas Suami Sah Ikut Syarak

oleh
30/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEKA teki akhirnya terjawab…. Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam, Selangor mengesahkan status pernikahan usahawan kosmetik, Joy Revfa dengan bekas suami di Songkhla, Thailand.

Meskipun ia berlangsung empat tahun lalu, namun Hakim Syarie, Salehan Yatim dalam keputusannya semalam memperakui pernikahan tersebut adalah sah mengikut syarak.

Beliau berbuat demikian selepas berpuas hati dengan segala dokumen dan keterangan secara lisan mahupun hujahan bertulis yang telah dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak kepada mahkamah.

“Mahkamah mensabitkan bahawa pernikahan kamu berdua pada 10 Januari 2013 di Majlis Agama Islam Wilayah Songkla, Thailand adalah sah mengikut hukum syarak,” katanya ketika membacakan penghakiman.

Ketika perbicaraan, Siti Arifah Amin atau lebih dikenali sebagai Joy Revfa diwakili oleh peguam syarie, Aznor Suhaida Dollah.

Manakala Mohd Rayus atau nama sebenarnya, Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim pula dilaporkan hadir tanpa peguam.

Sebelum ini, dalam prosiding kelmarin, saksi yang juga adik kepada Joy Revfa, Mohd Zarif, memaklumkan pada pihak mahkamah bahawa beliau mengetahui akan perkara berkenaan.

Bagaimanapun, dia dilaporkan gagal menghadirkan diri berikutan mempunyai urusan kerja.

Sementara itu, menurut Aznor Suhaida pula, selepas ini pihaknya akan memfailkan pula permohonan perceraian pasangan tersebut dalam masa yang terdekat.

“Hari ini mahkamah mengesahkan pernikahan anak guam saya dengan bekas suaminya adalah sah dan langkah seterusnya adalah untuk memfailkan pengesahan penceraian mereka dalam masa terdekat,” ujarnya dipetik BH Online.

Difahamkan, Joy Revfa memfailkan permohonan pernikahan antara beliau dengan bekas suami sekitar 23 Ogos yang lalu. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: datuk ray imranhafiz hamidunjoy revfa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hafiz Menang Saman Kamdar, Mahu Jadi Pengajaran

17/05/2018
0

DISEBABKAN namanya telah disalahgunakan oleh sebuah syarikat tekstil terkenal, penyanyi Hafiz Hamidun mengambil keputusan untuk membawa kes itu ke muka...

Hafiz Hamidun ‘Dirisik’ Ramai Wanita, Tapi…

17/04/2018
0

SEJAK menjalani kehidupan sebagai duda selepas bercerai dengan pengasas Merve Cosmetic, Joy Revfa, penyanyi nasyid terkenal iaitu Hafiz Hamidun tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd