• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Status Halal McDonald’s Sarawak Bakal Terjejas

oleh Ahmad Albab
08/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Tindakan kerajaan Sarawak tidak membenarkan McDonald’s Malaysia menyekat kemasukan kek ‘ramuan haram’ bakal menjejaskan status halal restoran itu di negeri tersebut.

Ini kerana berdasarkan peraturan am ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), premis yang terbukti menghidangkan makanan diperbuat daripada bahan haram dari segi syarak boleh ditarik balik penarafan halal.

Lebih malang, logo halal dipamerkan juga mesti ditanggalkan di premis terbabit kerana ia dianggap melanggar syarat Akta Perihal Dagangan 2011 kerana sengaja mengelirukan umat Islam apabila menyajikan makanan haram.

Jika ini berlaku, McDonald’s Malaysia boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM250,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun akibat mempermainkan logo halal tetapi membenarkan kek ‘haram’ dibawa masuk ke premis!

Inilah dilema yang dialami pihak pengurusan restoran makanan segera popular itu yang memiliki 13 cawangan di Sarawak susulan amaran keras dikeluarkan oleh Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak, Michael Tiang

Beliau dengan nada yakin mendakwa dasar yang dilaksanakan McDonald’s Malaysia untuk hanya membenarkan kek yang disahkan sebagai halal untuk dibawa masuk ke dalam premisnya, tidak dialu-alukan di seluruh Sarawak.

Tiang dengan angkuh menggesa pengurusan rangkaian McDonald’s tidak melaksanakan dasar itu ke Sarawak dan berkata, dasar itu ‘sama sekali tidak sesuai’ dengan kewujudan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

Baca: McDonald’s Hanya Benar Kek ‘Halal’ Masuk Premis

Juga: McDonald’s Singapura Larang Kek ‘Haram’ Masuk Restoran

mcd

“Salah satu ciri unik Sarawak adalah keharmonian sepanjang masa dan amalan toleransi dalam kalangan penduduk kumpulan etnik yang berbeza. Perpaduan menjadi asas kebanggaan Sarawak sejak sekian lama.

“Kita (kerajaan negeri) tidak boleh membiarkan mana-mana pihak pelampau agama atau kaum merosakkan perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak,” kata Tiang dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Tiang berkata, untuk mengekalkan keharmonian di negeri ini, kerajaan negeri Sarawak telah menghalang kemasukan mereka yang berfahaman pelampau, fanatik agama dan membawa sentimen perkauman.

Minggu lalu, McDonald’s mengesahkan melaksanakan dasar rasmi yang menghalang pelanggan daripada membawa kek tanpa sijil halal ke premisnya, selaras dengan syarat standard ketat ditetapkan oleh pihak Jakim.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Tiang berkata, cawangan McDonald’s di Miri dikenal pasti telah bertindak menurunkan notis mengenai larangan kek itu selepas menerima arahan daripada ibu pejabat, Khamis.

“Setakat yang saya tahu, hanya cawangan Miri adalah satu-satunya cawangan McDonald’s di Sarawak yang secara terbuka pernah memaparkan notis berhubung kek diperbuat bahan haram itu di premis mereka.

“Tindakan segera itu adalah satu langkah yang bijak dan tindak balas positif terhadap bantahan kukuh rakyat Sarawak berhubung dasar halal ditetapkan pihak Jakim itu,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: HalalJakimMcDonaldsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

03/01/2026
0

KUCHING – Syarikat penerbangan tempatan pertama Sarawak, Air Borneo, mencuri perhatian apabila memperkenalkan rekaan uniform kru kabin baharu yang tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd