• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Mula Siasatan Terhadap Aset Ku Nan

oleh
05/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan terhadap pendedahan aset harta bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengesahkan kepada Mahkamah Tinggi semalam berhubung jumlah hartanya pada 2001 lalu mencecah lebih RM900 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, pendedahan mengenai aset Tengku Adnan, 69, semasa perbicaraan rasuahnya semalam adalah perkara yang begitu serius.

“Saya sudah mengarahkan siasatan dimulakan.

“Isu kita bukan soal pendedahan tetapi bagaimana dia mendapat aset itu,” katanya ketika ditemui hari ini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas memberi keterangan dalam kes penyalahgunaan dana SRC melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketika prosiding bela diri bagi kes rasuah semalam di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan, Tengku Adnan berkata, nilai hartanya pada tahun berkenaan adalah sebanyak RM938,643,566.16, manakala pada 2006 (RM711,325,822), 2013 (RM691,770,649) dan 2016 (RM782,748,061).

Tengku Adnan yang dikenali sebagai Ku Nan berkata, nilai yang dinyatakan ketika pengisytiharan aset tertulis yang dihantar kepada tiga perdana menteri berbeza.

Menjawab soalan peguamnya, Datuk Tan Hock Chuan, beliau berkata, nilai aset ini dimasukkan dalam pengisytiharan harta ketika itu hanya untuk pengetahuan Perdana Menteri.

Sementara itu, Latheefa ketika ditanya mengenai spekulasi berhubung peletakan jawatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM enggan mengulas berhubung spekulasi itu. – Sinar Harian

Tags: asetSPRMTengku Adnan Tengku Mansor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Prosiding Komital Lokman Ditangguh, Tunggu Rayuan Selesai

Next Post

Bukit Aman Rakam Percakapan Bekas Peguam Negara

Related Posts

Tiada Salah Laksana Keadilan Terhadap Na’imah – Pendakwa Raya

Tiada Salah Laksana Keadilan Terhadap Na’imah – Pendakwa Raya

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, pertuduhan terhadap isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung kesalahan gagal...

Syarikat Pembekal Susu Tepung Disyaki Manipulasi Harga Hingga 50 Peratus

Syarikat Pembekal Susu Tepung Disyaki Manipulasi Harga Hingga 50 Peratus

10/07/2025
0

Kuala Lumpur: Sebuah syarikat pembekal susu tepung yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai memanipulasi harga antara 10 hingga...

Next Post

Bukit Aman Rakam Percakapan Bekas Peguam Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd