• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Digesa Siasat Salah Laku, Rasuah Dalam PDRM

oleh
01/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menjalankan siasatan berhubung beberapa dakwaan kes rasuah membabitkan 15 pegawai kanan dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, pihaknya menerima beberapa aduan berhubung kes rasuah tersebut yang membabitkan pelbagai pangkat termasuk Deputi Komisioner, Senior Asisten Komisioner dan lain-lain pangkat anggota polis.

“Kami terima aduan daripada beberapa anggota polis yang mendakwa terdapatnya amalan pemberian rasuah kepada individu tertentu di Bukit Aman bagi proses kenaikan pangkat.

“Sukar untuk saya percayai dakwaan ini namun aduan serupa berterusan kami terima jadi kami hadir di pejabat SPRM hari ini untuk meminta siasatan dijalankan,” katanya pada satu sidang akhbar di perkarangan pejabat berkenaan di sini hari ini.

Menurut Lip Eng, pihaknya turut menggesa SPRM menjalankan siasatan terhadap beberapa kes yang dilihat tiada sebarang tindakan diambil walaupun beberapa laporan polis sudah dilakukan.

“Antara kes yang dikemukakan hari ini adalah kejadian seorang wanita dirogol anggota polis di dalam tandas di sebuah balai polis di Sarikei, Sarawak pada 30 Oktober tahun lalu.

“Menurut keluarga mangsa, laporan polis telah dibuat namun tiada sebarang tindakan yang diambil malah mereka turut memaklumkan bahawa rakan sekerja anggota polis berkenaan memujuk mereka untuk menarik laporan itu dengan alasan suspek akan bersara dalam masa terdekat,” katanya.

Jelas Lip Eng, sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan yang diambil ke atas kes berkenaan serta beberapa lagi dakwaan sehingga menimbulkan tanda tanya serta pelbagai tanggapan di kalangan masyarakat.

“Adalah mustahil untuk saya menjalankan siasatan sendiri berhubung kejadian berkenaan memandangkan ia melibatkan anggota polis dengan pelbagai pangkat termasuk pegawai kanan PDRM.

“Kehadiran saya di sini hari ini adalah bagi menggesa SPRM menjalankan siasatan sekaligus menjelaskan persoalan terhadap kebenaran dakwaan yang telah diterima itu,” jelas beliau.

Dalam perkembangan lain, Lip Eng turut menyatakan bantahan beliau terhadap pertuduhan ke atas EXCO Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo, 36, dengan kesalahan mengaibkan.

“Saya difahamkan dia ada mengeluarkan perkataan bodoh terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika penamaan calon PRK (Pilihan Raya Kecil) DUN (Dewan Undangan Negeri) Semenyih, 16 Februari lalu.

“Pada pendapat saya, pengguna perkataan bodoh bukanlah satu kesalahan jenayah yang perlu dibawa ke mahkamah memandangkan ia merupakan satu perkataan yang sering digunakan dalam kalangan masyarakat,” tegas beliau.

Lip Eng menjelaskan, dia tidak menggalakkan penggunaan perkataan tersebut namun penggunaannya tidak seharusnya disabitkan sebagai kesalahan jenayah mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengeluarkan kata kesat.

Terdahulu, Wan Muhammad Azri didakwa di Mahkamah Majistret Kajang di atas dua tuduhan mengaib dan mencederakan Syed Saddiq ketika hari penamaan calon PRK DUN Semenyih, 16 Februari lalu.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan terbabit dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin selain perlu melaporkan diri sekali setiap sebulan di balai polis yang berhampiran. Kes akan disebut semula pada 1 April nanti di hadapan Majistret Mahkamah Kajang. – K! ONLINE

Tags: DAPLim Lip EngPDRMSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Samsung Perkenal Galaxy S10 Ke Pasaran Tempatan

Next Post

Penghina Nabi Perlu Dikenakan Hukuman Setimpal

Related Posts

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

13/07/2025
0

SEREMBAN - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook enggan melayan kenyataan MCA yang mendakwa DAP mengkhianati mandat pengundi Cina...

Tiada Salah Laksana Keadilan Terhadap Na’imah – Pendakwa Raya

Tiada Salah Laksana Keadilan Terhadap Na’imah – Pendakwa Raya

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, pertuduhan terhadap isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung kesalahan gagal...

Next Post

Penghina Nabi Perlu Dikenakan Hukuman Setimpal

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd