• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Southern Volunteers Mara Ke Barisan Hadapan

oleh
02/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERIMA kasih Duli Yang Maha Mulia (DYMM)Tunku Mahkota Johor, Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Menggerakkan Southern Volunteers ke ‘frontier’ bagi membantu peperangan melawan penularan pandemik Covid-19.

Para sukarelawan ini akan membantu program vaksinasi di pusat-pusat vaksinasi Covid-19 di setiap daerah Johor.

Terutama berkaitan pendaftaran rakyat Johor untuk mendapatkan vaksin itu di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Baginda malah bertitah peranan Southern Volunteers dioptimumkan bagi membantu menyebarkan berita yang sahih mengenai vaksin.

Tunku Ismail menggerakkan Southern Volunteers ke barisan hadapan disebabkan baginda memahami keresahan rakyat Johor berkaitan program vaksinasi.

Lebih-lebih lagi dengan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan dan kematian disebabkan wabak Covid-19 mutakhir ini.

Terima kasih sekali lagi kepada DYMM Tunku Mahkota Johor dan Istana Johor diatas keprihatinan baginda terhadap dilema rakyat.

Benar Tuanku. Rakyat Malaysia memang resah berhubung program vaksinasi Covid-19 yang disifatkan masih sangat perlahan.

Sebilangan negara yang dianggap mundur malah jauh lebih pantas melaksanakan program vaksinasi Covid-19 untuk rakyat mereka.

Rakyat Malaysia tiada daya lagi untuk mempersoalkan permasalahan itu kepada kerajaan sedia ada.

Semoga berkat titah Tuanku Tunku Ismail menjadi ‘push factor’ kepada kementerian berkaitan untuk bekerja dengan lebih efisien.

Dan semoga penglibatan para sukarelawan Southern Volunteers dapat memberi impak dalam mempercepatkan program vaksinasi di Johor.

Tetapi pasti ramai belum pernah mendengar tentang Southern Volunteers sebelum ini bukan? Siapakah mereka ini dan bila ia ditubuhkan?

Southern Volunteers merupakan satu badan sukarelawan yang ditubuhkan secara rasmi pada 21 Disember 2020 khusus untuk anak jati Johor.

Individu yang mengilhamkan penubuhan Southern Volunteers tidak lain tidak bukan DYMM Tunku Mahkota Johor sendiri.

Secara umum Southern Volunteers ditubuhkan bagi menggalakkan penyertaan belia Johor dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukarelawan.

Fokus penubuhan Southern Volunteers untuk memberi khidmat secara sukarela kepada rakyat dan negeri Johor.

Southern Volunteers malah berperanan sebagai pemangkin pembentukan budaya kesukarelawanan dalam kalangan belia negeri itu.

Badan kesukarelawanan itu bersedia menggalas apa jua misi kemanusiaan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Southern Volunteers juga disasarkan menjadi gerakan besar-besaran kesukarelawanan di peringkat akar umbi di Johor.

Hebat bukan. Kepada seluruh belia Johor apa tunggu lagi? Inilah masa untuk menabur bakti dan budi kepada negeri tercinta.

Kini bukan lagi masa untuk sekadar bercakap sebaliknya masa untuk bertindak. Segeralah mendaftar sebagai Southern Volunteers! – Mynewshub.TV

Tags: pandemik COVID-19Southern VolunteersTMJTunku Ismail Sultan Ibrahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Keluar Nota Bantahan, Panggil Duta Besar China

Next Post

Misi Kemanusiaan Ebit Lew Berjalan Lancar

Related Posts

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

05/05/2025
0

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa perbelanjaan kelab Harimau Selatan adalah antara yang paling rendah...

Legenda Liverpool Hargai Peluang Diberikan TMJ

Legenda Liverpool Hargai Peluang Diberikan TMJ

02/04/2025
1

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Darul Ta'zim (JDT), Luis Garcia berterima kasih kepada Pemilik Harimau Selatan, Tunku Mahkota Ismail yang...

Next Post

Misi Kemanusiaan Ebit Lew Berjalan Lancar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd