Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

BNM Jimat 44% Pengeluaran...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) dapat menjimatkan sebanyak 44 peratus pengeluaran...

Hatinie’s Kitchen, Kambing Perap...

MUDAH, Cepat, Menyelerakan... tagline yang digunakan *Hatinie's Kitchen ini sangat sesuai dengan produk mereka.Syarikat bumiputra...

PAS Ekstrem Tolak Usul...

IPOH - DAP Perak menyifatkan keputusan kerajaan PAS Kelantan menolak cadangan untuk membenarkan...

Anggota JR Perlu Ketahui...

BAGAN DATUK - Anggota Jalinan Rakyat (JR) perlu mengetahui secara jelas kehendak pengundi...

Simbol Muafakat UMNO-PAS

KUANTAN – Kehadiran Penolong Setiausaha Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar sebagai wakil pergerakan berkenaan ke Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Ke-59 hari ini meneruskan simbol muafakat antara dua parti tersebut yang dirintis sejak setahun lalu.

Selain wakil Wanita UMNO, turut hadir pada muktamar itu wakil dari Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa) dan wakil dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS menjadi pembuka tirai kepada Muktamar Tahunan PAS Ke-65 dengan kira-kira 750 perwakilan termasuk ahli jawatankuasa dan wakil negeri daripada sayap parti berkenaan akan terlibat dalam persidangan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Bukit Gambang Resort City (BGRC) di sini hari ini.

Muktamar Tahunan PAS Ke-65 yang merupakan kemuncak persidangan tahunan tersebut berlangsung tiga hari bermula 21 Jun ini di Dewan Sukpa di sini manakala Muktamar Dewan Pemuda PAS pada 19 Jun hingga 20 Jun di Pusat Konvensyen BGRC dan Muktamar Dewan Ulama PAS pula pada 20 Jun di Wisma Belia lndera Mahkota di sini.

Semasa Muktamar Dewan Muslimat PAS Ke-58 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) di Kuala Terengganu tahun lalu, Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad meng-hadirinya yang menjadi simbol muafakat dan penyatuan dua parti tersebut atas landasan Islam serta Melayu. – UTUSAN ONLINE

Kategori