Shaheizy Sam, Syatilla Bakal Timang Anak Lelaki

PASANGAN selebriti popular, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin yang bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi mengakui tidak kisah dengan jantina anak yang bakal dilahirkan.

Pun begitu, menurut Syatilla, berdasarkan keadaannya sekarang dia berkemungkinan melahirkan anak lelaki.

Bercerita mengenai kehamilannya yang hampir memasuki lima bulan ini, Syatilla memberitahu dia tidak berdepan sebarang masalah sepanjang proses kehamilan, termasuk mengidam sesuatu yang sukar didapati.

1

“Alhamdulillah, ketika ini, semuanya lancar. Tidak ada apa-apa yang teruk ketika hamil. Saya tak teringin atau mengidam makanan yang bukan- bukan.

“Saya tak menyusahkan suami untuk dapatkan itu dan ini, mengidam benda yang pelik.

“Cuma berat badan saya paling ketara naik. Sebelum ini, memang susah nak naik. Dulu nak cecah 50 kilogram pun ambil masa.

“Sekarang, berat badan saya sudah naik jadi 59 kilogram,” katanya kepada BH Online. 

Pelakon wanita kelahiran Pulau Pinang ini sudah pun berehat seketika daripada dunia seni atas nasihat suaminya dan dijangka akan bersalin pada Mei depan. – MYNEWSHUB.CC 

Loading...