• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shabudin Angkat Sumpah Sebagai Timbalan Menteri Di JPM

oleh
06/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini. 

Turut berangkat ke istiadat berkenaan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir menyaksikan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia yang berlangsung di Balai Singgahsana Kecil di sini.

Shabudin melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan, disaksikan oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Turut hadir pada istiadat itu tiga Menteri Kanan iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof selain Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan (Parlimen dan Undang-undang) dan Datuk Seri Mustapa Mohamed (Ekonomi).

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan Shabudin menggantikan Datuk Eddin Syazlee Shith yang mengambil alih portfolio Timbalan Menteri Kerja Raya susulan peletakan jawatan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.

“Selaras dengan Fasal (1) Perkara 43A Perlembagaan Persekutuan, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Shabudin sebagai Timbalan Menteri Persekutuan,” demikian menurut kenyataan itu.

Shabudin, 54, sebelum ini dilantik sebagai Pengerusi FELCRA Berhad pada 14 Mei lepas dan pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Presiden, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP). – BERNAMA

Tags: angkat sumpahShabudin Yahayatimbalan menteri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Buka Sempadan Malaysia-Singapura Perlu Diselesai Menyeluruh

Next Post

3 Exco Pulau Pinang Beri Keterangan Kepada SPRM

Related Posts

Lima Menteri, Timbalan Angkat Sumpah Jawatan

Lima Menteri, Timbalan Angkat Sumpah Jawatan

12/12/2023
0

KUALA LUMPUR : Lima menteri dan lima timbalan menteri baharu, hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong...

40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos Ini

40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos Ini

25/08/2023
0

GEORGE TOWN: Kesemua 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang akan mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini. (Ada rancangan...

Next Post

3 Exco Pulau Pinang Beri Keterangan Kepada SPRM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd