• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serangan London: 50 Das Bunuh 3 Suspek, 12 Ditahan

oleh
06/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Lapan anggota polis terpaksa melepaskan sehingga 50 das tembakan untuk menghalang perbuatan tiga suspek dalam insiden serangan berdarah di Jambatan London di sini, kelmarin.

Ketiga-tiga penyerang sebelum itu dikatakan memandu sebuah van sewa dan sengaja merempuh sekumpulan pejalan kaki sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan mencederakan 48 yang lain.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Bahagian ‘Counter Terrorism’ Britain, Mark Rowley sambil mendedahkan, 10 orang terbunuh termasuk tiga penyerang yang turut bertindak menikam orang ramai menggunakan senjata tajam.

Suspek nekad menyerang secara rambang dekat Pasar Bo­rough dalam kejadian disifatkan ‘aksi pengganas’ terburuk selepas serangan di luar Parlimen Britain pada 22 Mac lalu yang membunuh lima orang manakala 40 lagi cedera.

Rowley berkata, dalam kejadian pada pukul 10.08 malam Ahad waktu tempatan (6.08 pagi Isnin waktu Malaysia), ketiga-tiga lelaki tersebut dikatakan hanya memakai jaket berisi bom yang kemudian disahkan sebagai palsu.

Perkhidmatan Ambulans London memaklumkan bahawa hampir 50 orang disahkan cedera termasuk seorang pegawai polis serta dua warga Pe­rancis dan kebanyakan mangsa masih lagi berada dalam keadaan kritikal.

Mereka telah dikejarkan ke lima buah hospital yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut. Serangan tersebut berlaku kira-kira beberapa hari lagi menjelang pilihan raya umum di seluruh Britain pada Khamis ini.

Ia secara kebetulan beberapa minit sebelum berakhir perlawanan akhir bola sepak Liga Juara Eropah antara Real Madrid dan Juventus di kawasan dipenuhi orang ramai leka menonton perlawanan itu menerusi skrin televisyen.

Polis yang ‘mengepung’ Pasar Borough kemudian menembak mati tiga penye­rang itu pada pukul 10.16 malam dekat sebuah jambatan. Tragedi tersebut diisytiharkan sebagai ‘serangan pengganas’ pada pukul 12.25 tengah malam.

Manakala pihak berkuasa London melalui laman sosial Twitter menggesa penduduk London agar segera ‘lari, bersembunyi, beritahu’ jika mereka secara kebetulan terperangkap dalam insiden keganasan tersebut.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 12 suspek telah ditahan di sebuah pangsapuri dekat Bar­king, timur London bagi membantu siasatan pihak polis susulan insiden sera­ngan berdarah tersebut sepanjang Ahad.

Polis terpaksa bertindak mengepung kawasan pangsapuri itu selepas menerima maklumat mengatakan salah seorang daripada penyerang yang terbunuh dalam insiden tersebut pernah tinggal di kawasan berkenaan.

Kejadian berlaku kurang dua minggu selepas seorang lelaki, Salman Abedi meletupkan dirinya menyebabkan 22 orang maut di Manchester Arena, Manchester semasa konsert penyanyi Amerika Syarikat, Ariana Grande.

Malah, serangan terbaharu se­­malam itu merupakan yang ketiga dalam tempoh tiga bulan ini selepas satu serangan pengganas berdarah di Jambatan Westminster pada akhir Mac lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: London
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Akauntan Negara Kesan Penipuan Dana Awam RM10.4j Di Jabatan Persekutuan

Jabatan Akauntan Negara Kesan Penipuan Dana Awam RM10.4j Di Jabatan Persekutuan

20/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengesan penipuan dana kerajaan berjumlah RM18 juta sepanjang tempoh lima tahun sehingga 2024,...

6 Peserta Ekspedisi Perpaduan Berlepas Ke London

6 Peserta Ekspedisi Perpaduan Berlepas Ke London

16/06/2023
0

SEPANG : Enam peserta Ekspedisi Perpaduan Watikah Kemerdekaan 66, London-Kuala Lumpur 2023, berlepas ke London hari ini bagi memulakan ekspedisi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd