• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seramai 93 Maut Feri Karam Di Mosul

oleh
22/03/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGHDAD – Seramai 93 maut dalam kejadian feri karam di Sungai Tigris, utara bandar Mosul petang semalam, yang mencetuskan kemarahan penduduk Iraq, lapor agensi berita Xinhua.

Kemalangan dipercayai akibat paras air tinggi ketika feri malang itu menyeberangi sungai menuju ke sebuah pulau pelancongan kecil Um al Rabeein di utara Mosul, kira-kira 400 km di utara ibu kota Baghdad.

Menurut sumber pertahanan awam, feri milik pejabat pelancongan itu dinaiki lebih 100 penumpang, melebihi muatan sepatutnya, iaitu kira-kira 30 orang.

“Operasi mencari masih diteruskan untuk mengesan kemungkinan lebih ramai mangsa,” kata jurucakap kementerian, Saad Maan dalam satu kenyataan.

Setakat ini jumlah sebenar mangsa masih belum dapat dipastikan, ujarnya.

Sementara itu, kenyataan sebuah badan perundangan di Iraq, menyebut Mahkamah Siasatan Mosul telah mengeluarkan waran tangkap ke atas 9 pekerja syarikat pelancongan terbabit.

“Mahkamah turut mengeluarkan waran tangkap terhadap pemilik feri dan pemilik pulau itu,” kata kenyataan itu.

Beberapa jam selepas kejadian, Perdana Menteri Iraq, Adel Abdul Mahdi melawat lokasi kejadian.

“Semua wilayah di Iraq, kedutaan dan perwakilan diplomatik Iraq di luar negara akan berkabung selama 3 hari mulai Khamis,” katanya.

Abdul Mahdi turut melawat hospital di mana mangsa menerima rawatan.

“Sebuah jawatankuasa akan dibentuk untuk mengenal pasti punca nahas dan mereka yang didapati melanggar peraturan akan dikenakan tindakan berdasarkan undang-undang,” katanya.

Tags: feri karamIraq
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pencemaran: Keputusan Sampel Ikan Minggu Depan

Next Post

RM50,000 Lagi Diperlukan Baik Pulih Piano P Ramlee

Related Posts

Kedutaan Malaysia Siasat Dakwaan Seorang Warganegara Antara Mangsa Feri Karam Di Bali

Kedutaan Malaysia Siasat Dakwaan Seorang Warganegara Antara Mangsa Feri Karam Di Bali

06/07/2025
0

PUTRAJAYA: Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Indonesia bagi mengesahkan maklumat kemungkinan seorang warganegara Malaysia terbabit...

‘Malaysia Tak Gentar Ancaman Bom’ – Zahid Hamidi

Konflik Palestin-Israel: Iran Desak Zionis Henti Serangan Sebelum Terlambat

15/10/2023
0

TEHERAN – Iran semalam mengeluarkan amaran baharu kepada Israel yang mendesak agar Rejim Zionis menghentikan serangan ke atas Gaza sebelum...

Next Post

RM50,000 Lagi Diperlukan Baik Pulih Piano P Ramlee

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd