Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tabung Haji Serah Zakat...

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menerima...

Sebutan Semula Kes Rogol...

SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menetapkan 5 Julai untuk...

Ditahan Di Australia Bawa...

SEORANG rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne, Australia selepas didakwa membawa...

Niat Nak Takutkan Anak...

SEBUAH aplikasi yang menampakkan lipas dan cicak seolah-olah sedang berjalan-jalan di atas skrin...

Senarai Bantuan Untuk Rakyat Terjejas COVID-19

SKIM bantuan dan insentif kerajaan kepada rakyat Malaysia susulan krisis COVID-19:

1. Diskaun bil elektrik 6 bulan bermula 1 April

– Kerajaan akan menanggung kos pemberian diskaun bil elektrik berjumlah RM662 juta.

2. Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama 3 bulan

– Penangguhan membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam, membabitkan jumlah kutipan RM375 juta.

3. Penangguhan bayaran pinjaman MARA

– MARA tangguh bayaran balik pinjaman pelajaran dan perniagaan selama 3 bulan.

– Diskaun khas sewaan premis perniagaan Mara sebanyak 30% diberikan kepada usahawan di semua premis Mara.

4. Bayaran bantuan JKM kepada 500,000 penerima bermula Rabu ini

– Bantuan dengan kos RM150 juta itu sepatutnya diberikan April ini, namun dipercepatkan 15 hari lebih awal.

5. Bantuan RM600 cuma untuk pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji

– Pekerja berpendapatan RM4,000 atau kurang sebulan, yang mengambil cuti tanpa gaji layak mendapat bantuan kewangan RM600 setiap bulan, untuk maksimum selama 6 bulan.

6. Pengecualian yuran Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan dari Mac hingga Jun

– Kemudahan membabitkan 37,855 murid dan 972 kanak-kanak.


7. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

– Percuma sebulan sewa premis perniagaan DBKL.

– Bayaran penuh kepada 500 pekerja harian DBKL.

8. Elaun khas kepada petugas perubatan

– RM400 sebulan diberikan kepada doktor dan petugas perubatan.

9. LHDN benarkan tangguh bayaran cukai

– Penangguhan bagi pembayar cukai di bawah sektor pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan.

10. Penangguhan pembayaran pinjaman

– CIMB, Affin Bank, Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Muamalat, BSN, Agrobank beri penangguhan pembayaran pinjaman dengan moratorium sehingga 6 bulan, penstrukturan dan penjadualan semula kemudahan pembiayaan ke atas pelanggan yang terbabit gadai janji, sewa beli, kad kredit, pembiayaan pendidikan, pembiayaan Amanah Saham Nasional Bhd dan peribadi.

11. Bajet tambahan

– RM160 juta bajet tambahan disalurkan kepada 26 hospital, sebahagian daripada RM259 juta yang disalurkan untuk Kementerian Kesihatan membeli ubat-ubatan, peralatan dan lain-lain.

12. Bantuan dari Kerajaan Negeri, Pusat Zakat/Baitulmal Negeri menyusul

Kategori