Semuanya Salah UMNO Ke? – Najib

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak pihak-pihak yang menuding jari kepada Barisan Nasional (BN) ekoran runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya pagi ini, Najib mempersoalkan adakah UMNO yang menyuruh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertindak keluar PH dan minta Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Bersatu.

Ahli Parlimen Pekan itu juga mempersoalkan sama ada UMNO yang mendesak peralihan kuasa serta meminta Parti Keadilan Rakyat memecat pemimpin yang menyokong Perdana Menteri dan keluar parti.

“Tak ada kan? Tolonglah ye.

“Rakyat dah letih, rakyat dah cukup sengsara. Bubar Parlimen,” katanya.

Hantaran berkenaan menerima lebih 36,000 tanda suka dan mendapat pelbagai komen dan reaksi daripada netizen. – Sinar Harian

Loading...