• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Pinjaman Layak Moratorium Kecuali Kad Kredit

oleh
29/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bank-bank akan menawarkan moratorium enam bulan untuk bayaran ansuran semua kemudahan kredit kecuali kad kredit kepada peminjam dan pelanggan yang boleh dibuat secara permohonan.

Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dalam kenyataan bersama berkata, golongan yang layak ialah semua peminjam individu termasuk golongan B40, M40 dan T20.

Selain itu katanya, semua perusahaan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas dengan pandemik COVID-19.

“Untuk kad kredit, bank akan menawarkan untuk menukarkan baki tunggakan kepada pinjaman atau pembiayaan selama tiga tahun dengan kadar keuntungan atau faedah dikurangkan bagi membantu peminjam menguruskan hutang mereka dengan lebih baik.

“Di bawah skim ini, peminjam hanya perlu menghubungi bank mereka untuk memilih moratorium ini dan kelulusan akan diberi secara automatik kepada semua peminjam yang termasuk dalam kategori dinyatakan.

“Bank komited untuk menjadikan prosesnya semudah dan selancar yang boleh tanpa perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan bagi tujuan kelulusan,” katanya.

Kenyataan itu menambah, moratorium automatik itu terpakai untuk pinjaman atau pembiayaan yang diluluskan sebelum 1 Julai 2021 dan tiada tunggakan lebih daripada 90 hari pada tarikh permohonan moratorium diserahkan kepada bank.

Katanya, peminjam atau pelanggan yang ingin mengambil moratorium ini perlu menghubungi bank mereka bermula 7 Julai ini dan seterusnya. 

“Oleh kerana sekatan pergerakan masih diteruskan, peminjam atau pelanggan amat digalakkan untuk menghubungi bank mereka melalui saluran digital rasmi seperti laman web bank, e-mel atau melalui telefon. 

“Sekiranya tidak dapat menggunakan saluran digital bank, mereka juga boleh mengunjungi cawangan bank untuk mengemukakan permohonan untuk moratorium. 

“Namun, mereka disarankan untuk memeriksa terlebih dulu di laman web bank masing-masing untuk mendapatkan maklumat mengenai perubahan waktu operasi atau pengaturan untuk perkhidmatan di kaunter berikutan sekatan pergerakan yang masih berjalan,” katanya.

Bank, kata ABM dan AIBIM, akan berusaha untuk memproses semua permintaan moratorium secepat mungkin.

Namun, ia berkata, memandangkan jumlah permintaan yang besar dan kekangan akibat sekatan pergerakan terhadap protokol kerja di mana semua bank anggota beroperasi, mungkin terdapat beberapa cabaran operasi pada permulaannya.

“Peminjam atau pelanggan tidak perlu bimbang dengan komitmen penuh oleh ahli bank untuk memastikan semua masalah akan ditangani tepat pada waktunya.

“Selain itu, seperti diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM), laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) peminjam atau pelanggan akan kekal tidak terjejas dengan pemilihan moratorium ini.

“Justeru, mereka tidak perlu bimbang dengan kesan terhadap profil kredit masa depan mereka,” katanya. – BH Online

Tags: Bankkad kreditmoratorium
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UMNO Tangguh Pemilihan Sehingga 18 Bulan

Next Post

Polis Siasat ‘Kenduri Durian’ Ahli Parlimen Batu Pahat

Related Posts

MPV ‘Meluncur Masuk’ Dalam Bank

MPV ‘Meluncur Masuk’ Dalam Bank

12/04/2025
3

Tanjong Karang: Pelanggan sebuah bank di pekan Tanjong Karang gempar apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) 'meluncur masuk' ke dalam premis...

Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit Di MEX Mulai Esok

Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit Di MEX Mulai Esok

02/08/2023
0

PUTRAJAYA : Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) menjadi yang pertama melaksanakan Sistem Pembayaran Tol Terbuka (SPT) menggunakan kad debit atau kad...

Next Post

Polis Siasat 'Kenduri Durian' Ahli Parlimen Batu Pahat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd