• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, December 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Tidak Akan Minta Maaf, Sedia Dikenakan Tindakan

oleh Cj Mnh
22/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil membela diri dan menempelak Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Dr. P. Ramasamy selepas didakwa ‘menghina’ kebijaksanaan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam memilih barisan Kabinet.

Malah, Syed Saddiq bertegas tidak akan meminta maaf kerana menyuarakan pendapat dan bersedia dikenakan tindakan sekiranya apa yang dilakukannya adalah salah.

Jelas Syed Saddiq, sebagai Ketua Armada, beliau bertanggungjawab untuk membenarkan ahli-ahlinya bersuara dan tidak membukukan perasaan berdasarkan prinsip ‘berani kerana benar’.

“Saya tidak masuk politik untuk ‘play safe’ (mengambil jalan selamat). Saya tidak masuk politik untuk jadi pak turut. Saya tidak masuk politik untuk membisukan mulut dan memekakkan telinga apabila rakyat sudah pun bersuara.

“Saya cadangkan Ramasamy ambil juga tindakan ke atas Timbalan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh, Dr. Afif Bahardin yang turut menyuarakan kebimbangan sama. Saya juga cadangkan Ramasamy ambil tindakan ke atas Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah).

“Jangan lupa sekolahkan juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A. Kadir Jasin,” katanya dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Semalam, Ramasamy menyifatkan Syed Saddiq ‘menghina’ kebijaksanaan Dr. Mahathir dalam menentukan barisan Kabinetnya berikutan tindakan Menteri Belia dan Sukan itu yang didakwa turut menyokong desakan supaya P. Waytha Moorthy berundur sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tambah Syed Saddiq, Pemuda DAP sendiri pernah mendesak Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik untuk meletakkan jawatan namun apabila ada kepemimpinan Armada membuat tindakan sama, sayap pemuda Bersatu itu dituduh mengkhianati Pakatan Harapan dan memainkan sentimen perkauman.

“Perkara ini tidak ada kena mengena dengan soal perkauman. Ini soal bersetuju untuk tidak bersetuju, bukan menekan hak rakyat menyatakan pendapat dengan bebas.

“Jadi YB (Ramasamy), jangan sesekali ingat kamu boleh mendiamkan anak muda ini,” ujar beliau. – UTUSAN ONLINE

Tags: minta maafSyed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muhyiddin Tuntut Anwar Mohon Maaf

Muhyiddin Tuntut Anwar Mohon Maaf

07/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) menuntut Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta maaf berhubung kenyataan Perdana Menteri yang mendakwa...

PRU15: Mohon Maaf Kata Undi BN, PH Masuk Neraka

PRU15: Mohon Maaf Kata Undi BN, PH Masuk Neraka

11/11/2022
0

ALOR SETAR – Ketua Pemuda Pas Sik, Mohd. Shahiful Mhd. Nasir memohon maaf atas keterlanjuran katanya dengan menyatakan sesiapa mengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd