Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

“Tak Tahu, Saya Tak...

SEPANG - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak tahu-menahu jika...

BWF Tunda Piala Thomas,...

PERSEKUTUAN Badminton Dunia (BWF) membuat keputusan untuk menangguhkan kejohanan Piala Thomas dan Uber...

Budak Suara Trompet Akibat...

BUENOS AIRES - Ini mungkin satu insiden yang agak mencemaskan ibu bapa tapi...

Baju Putih, Hitam Pun...

KUALA LUMPUR - Demi keselamatan orang ramai, pihak polis akhirnya membuat keputusan untuk...

“Saya Tidak Ada Perasaan Marah Terhadap Farid”

PENGARAH, Datuk Yusof Haslam mengakui tidak simpan sebarang dendam terhadap Datuk Farid Kamil yang pertikai kemenangan anaknya, Syamsul dalam Festival Filem Malaysia sebelum ini.

Malahan, beliau dengan hati terbuka mendoakan rumah tangga aktor tersebut bersama-sama isteri, Datin Diana Danielle agar sentiasa bahagia di samping anak-anak tersayang.

Menurut penerbit berusia 63 tahun itu, perkara itu sudah berlalu dan beliau sama sekali tidak berasa apa-apa atas apa yang telah berlaku.

“Terus terang saya cakap, saya tiada perasaan marah terhadap Farid. Bagi saya, dia budak muda dan jiwanya sedang memberontak. Ia adalah perkara biasa.

“Malah kalau ada bahagian yang sesuai, sekiranya Syamsul nak ambil dia berlakon, saya tiada masalah,” katanya dipetik Harian Metro.

Ujar beliau lagi, Syamsul turut memberikan respon positif untuk mengambil Farid berlakon filem terbitan Skop Productions sekiranya terdapat watak yang sesuai dengan aktor berusia 37 tahun itu.

“Saya tiada masalah dengan Farid. Usianya dengan Syamsul pun berbeza beberapa tahun saja. Bagi saya biar industri ini sama-sama dimajukan oleh budak muda.

“Mereka pun pernah bekerjasama dalam filem KL Drift. Syamsul pun pernah menjelaskan dia okay saja apabila berjumpa Farid,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perhubungan Syamsul yang sebelum ini pernah bercinta dengan Diana namun terputus di tengah jalan, beliau berkata Syamsul akur dan redha dengan ketentuan itu.


Beliau juga menasihati Syamsul agar tidak menyimpan sebarang dendam mahupun benci dengan apa yang telah berlaku.

“Dia akur Tuhan sudah tentukan jodohnya tiada dengan Diana. Bagi saya, itu pilihan masing-masing dan Alhamdulillah Syamsul pun sudah ada isteri dan anak.

“Saya selalu menasihatkan Syamsul agar jangan balas setiap kritikan yang dilemparkan kepadanya. Kalau boleh biarlah selesaikan cara baik. Dan perlu ada sikap bermaaf-maafan.

“Setiap kejadian itu ada hikmahnya dan saya pun mendoakan rumahtangga Farid dengan isteri dan anak-anaknya bahagia hingga ke akhir hayat,” katanya.

Terdahulu, Farid pernah mempertikai kemenangan yang dirangkul oleh Syamsul dalam Festival Filem Malaysia.

Farid dikatakan mengaitkan kemenangan yang diperolehi oleh Syamsul itu kerana pengaruh Yusof yang mana pada ketika itu merupakan Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM). – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori