Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Bekas Presiden Pakistan, Pervez...

ISLAMABAD: Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf, meninggal dunia pada umur 79 tahun di...

Kerajaan Serius Tangani Wabak...

PAGOH - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyangkal tanggapan segelintir masyarakat yang mendakwa kerajaan...

Najib Cadang PAC Siasat...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak mencadangkan PAC menyiasat dakwaan ‘rompakan’ RM150...

16 Pasukan Rebut Kejuaraan...

PETALING JAYA - Enam belas pasukan termasuk enam kelab tempatan akan bertarung dalam...

“Saya Rasa Terhina” – Sultan Johor Ulas Ejen Rasuah RM2j

PIHAK yang cuba merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebenarnya merupakan seorang individu yang berasal dari Kuala Lumpur.

Baginda malahan bertitah, individu berkenaan turut mempunyai lebih daripada satu gelaran.

“Nama (gelaran)nya makin panjang, makin panjang,” titah baginda ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur pada Ahad.

Mengulas lanjut, Sultan Ibrahim juga menafikan individu itu adalah pihak yang berkepentingan dalam pentadbiran kerajaan.

“Bukan menteri. Kerajaan bersih dalam perkara ini… tiada menteri terbabit, namun dia adalah orang tempatan dan berasal dari Kuala Lumpur,” titah baginda.

Sultan Johor mengulas mengenai ejen yang cuba merasuah baginda sebanyak RM2 juta supaya baginda mencadangkan nama untuk mendapatkan gelaran Tan Sri daripada Istana Negara.


Susulan daripada itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertemu menghadap dengan baginda pada Isnin mengenai perkara ini.

“Saya rasa terhina. SPRM akan datang bertemu saya dan lihat siasatannya bagaimana,” titah Sultan Ibrahim.

Terdahulu menerusi laman Facebook Sultan Johor, baginda bertitah menerima tawaran RM2 juta bagi mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara untuk gelaran ‘Tan Sri’ daripada Yang di-Pertuan Agong. – MYNEWSHUB.CC

Kategori