Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

MOF Tubuh Jawatankuasa Khas...

Kementerian Kewangan sebagai pemegang saham 100 peratus 1Malaysia Development Bhd (1MDB), menubuhkan sebuah...

Barisan Baharu Lembaga Pengarah...

JERANTUT - Barisan baharu lembaga pengarah Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) dijangka...

Bapa Menyorok Selepas Kantoi...

BAPA kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun diburu polis selepas kantoi merogol...

Muzik Video Diddy Terlampau...

RUPA-rupanya penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Diddy Hirdy ini masih ada lagi dalam...

Sarjan Didakwa Minta Rasuah Lepaskan Suspek Kes Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Ipoh, Perak hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM1,000 kira-kira dua tahun lalu.

Tertuduh, Yuslan Md Yusof, 33, didakwa di bawah seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana meminta wang suapan sebanyak RM1,000 daripada Mohd. Zamhuri Mohd Alit @ Mat Ali.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan media berkata, tertuduh didakwa berbuat demikian melalui panggilan telefon sebagai dorongan untuk melepaskan anaknya, Muhammad Alif Mohd Zamhuri daripada dikenakan tindakan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1998.

“Tertuduh yang bertugas di Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 2 Mei 2014 kira-kira pukul 8.30 malam di Pejabat SPRM Perak.

“Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengikut seksyen 17(b) ASPRM 2009 kerana menerima rasuah RM1,000 daripada individu sama bagi tujuan sama di Restoran Naina Mohamed, Chemor pada 6 Mei 2014, pukul 4.30 petang,” kata kenyataan itu hari ini.


SPRM berkata, jika disabitkan kesalahan, bagi kedua-dua pertuduhan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun atau denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana-mana lebih tinggi.

“Kes pendakwaan SPRM dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Wahida Jalaluddin. Hakim Indra Nehru Savandiah menetapkan jaminan RM8,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan 16 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes,” kata SPRM. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori