• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambutan Maal Hijrah: Kartunis Lat Tokoh Ar-Ridzuan

oleh
11/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KARTUNIS terkenal, Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat menerima anugerah khas Tokoh Ar-Ridzuan pada sambutan Maal Hijrah 2018/1440 Hijrah peringkat negeri Perak, hari ini.

Anugerah itu disampaikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dalam acara sambutan yang diadakan di Pusat Konvensyen Ipoh yang disertai kira-kira 3,000 umat Islam.

Lat, 67, yang terkenal dengan karya ‘The Kampung Boy’ menerima hadiah wang tunai RM10,000, pakej umrah bernilai RM7,000 serta hadiah iringan, sijil dan plak.

Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Penasihat Umum Parti Amanah Negara, Ahmad Awang yang juga bekas Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia dari 1981 hingga 1999.

Ahmad juga ialah Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia Cawangan Malaysia sejak 2014 hingga kini.

Di PAHANG, Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan merasmikan sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Masjid Negeri Sultan Haji Ahmad 1, Kuantan.

Baginda menyertai hampir 2,000 umat Islam mendengar ceramah disampaikan kadi Temerloh Abdul Aziz Abdul Karim dan bacaan al-Quran oleh wakil negeri ke Pertandingan Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan 2018, Mohd Khalil Mohd Zari.

Baginda turut berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri kepada Dekan Fakulti Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah Datuk Dr Ahmad Munawar Abdul Jalil, 60, dan lima penerima lain.

Turut hadir pada sambutan itu ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh dan Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir.

Acara sambutan itu dimulakan dengan perarakan melibatkan agensi kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

Di KEDAH, Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin berkenan berangkat ke majlis sambutan yang diadakan di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, Alor Setar.

Sambutan yang diadakan secara sederhana itu dimulakan dengan bacaan doa sebelum hadirin dipersembahkan dengan nyanyian nasyid dan ceramah khas Maal Hijrah.

Pada majlis itu juga, pengasas Sekolah Menengah Agama Maahad Tahfiz Al-Abidin Zainol Abidin Sudin, 82, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1440H peringkat negeri Kedah.

Di PULAU PINANG, Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas menyertai lebih 1,000 umat Islam pada sambutan Maal Hijrah di Dewan Dahlia Midtown Perda, Tasek Gelugor.

Dalam ucapannya, Abdul Rahman menyeru umat Islam memperkasa hubungan sesama mereka supaya imej agama Islam dipandang tinggi masyarakat termasuk bukan Islam.

“Sesungguhnya arus kemodenan tidak seharusnya membawa kepada pergaduhan dan perpecahan sebaliknya hendaklah kita mengamalkan sifat tolong-menolong, saling menghormati agar kesejahteraan umat terus terpelihara,” katanya.

Pada majlis itu, penceramah Peace TV dan Huda TV yang juga Presiden Islamic Propagation Society International (IPSI) Kamarudin Abdullah diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah (1440H) Pulau Pinang 2018.

Di JOHOR, sambutan Maal Hijrah peringkat negeri diadakan di Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru yang dihadiri Menteri Besar Datuk Osman Sapian.

Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Johor, M. As’ari Tibek diumum Tokoh Maal Hijrah Johor 2018 pada majlis itu.

Di TERENGGANU, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menghadiri sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.

Baginda turut menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada bekas pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Talib Abdul Rahman, 65, berdasarkan sumbangan dan komitmen beliau dalam meninggikan syiar Islam di Terengganu.

Talib menerima wang tunai RM10,000; tajaan umrah bernilai RM10,000; set persalinan bernilai RM500, plak, piala dan sijil penghargaan. – BERNAMA

Tags: Kartunis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penjara Brazil Diserang, 100 Banduan Lari

Next Post

Umat Islam Wajib Kukuhkan Semangat Perpaduan Sesama Rakyat

Related Posts

Kartunis Aie Meninggal Dunia

28/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Kartunis Aie atau nama sebenarnya Shaari Sulong yang terkenal dengan karya 'Áku Hidup Dalam Blues' meninggal dunia...

“Bila Saya Melukis, Saya Lukis Semua Orang” – Lat

29/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Nama Lat sinonim dengan dunia kartun negara ini dan beliau juga ikon keharmonian kaum di Malaysia kerana...

Next Post

Umat Islam Wajib Kukuhkan Semangat Perpaduan Sesama Rakyat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd