• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saleem Iklim Terlantar Di Hospital Sejak Raya Ke-3

oleh
07/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi Saleem Iklim dilaporkan terlantar lama di Hospital Canselor  Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Bandar Tun Razak di sini.

Menurut media tempatan, perkhabaran sedih tersebut turut dikongsi oleh artis Bagio Damasutra menerusi akaun Facebooknya berserta dengan gambar keadaan Saleem terbaring lemah di atas katil di sebuah wad di PPUKM.

Dia turut menulis kapsyen ringkas berbunyi: @harry_khalifah melawat @aku_saleem di hospital. Mari bersama doakan agar permata muzik tanah air kita ini cepat sihat dan dapat kembali beraksi seperti sedia kala. Aminnn.

Isteri Saleem, Julia Bachok yang juga pengurus peribadinya memberitahu bahawa penyanyi yang pernah popular dengan lagu Juwita itu sebenarnya sudah dimasukkan ke PPUKM sejak sambutan Hari Raya Puasa yang ketiga.

Saleem Iklim Terlantar Di Hospital Sejak Raya Ke-3

Baca: Anak Saleem Iklim Tiada Niat Raih Populariti

“Abang Saleem demam panas berlarutan dan dia mengadu hilang selera makan. Jadi, pada Hari Raya yang ketiga, kami pun bawa abang masuk ke PPUKM untuk rawatan,” katanya dipetik oleh sebuah portal berita semalam.

Pemilik nama sebenar A.M. Salim Abdul Majeed itu tidak begitu aktif namun bakat seni suaranya tersebut kemudian diwarisi anaknya pula, Nursyafiq Farhain, 23, seorang angggota bomba dan penyelamat di balai Tebrau, Johor.

Julia berkata, doktor sedang mengawasi keadaan Saleem, 55, dan memohon seluruh peminat penyanyi kelahiran Setiu, Terengganu itu menitipkan doa agar dia cepat sihat dan pulih seperti sedia kala. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: SaleemSaleem Iklim
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Saleem Penyanyi Unik, Sukar Dicari Ganti

14/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Pemergian Allahyarham Saleem satu kehilangan besar kepada industri muzik tanah air kerana beliau adalah seorang penyanyi yang...

Saleem Iklim Meninggal Dunia Selepas Sebulan Kemalangan

14/10/2018
0

PETALING JAYA - Penyanyi Saleem Iklim meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kira-kira pukul 6 pagi Ahad....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd