• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saham KL Rendah Pada Tengah Hari

oleh
06/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Saham-saham di Bursa Malaysia rendah setakat tengah hari ini, seiring dengan penyusutan dialami pasaran serantau lain yang dikaitkan dengan kebimbangan terhadap pertikaian perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China.

Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.63 mata kepada 1,677.64 berbanding paras 1,688.27 sewaktu ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 4.92 mata lebih rendah kepada 1,683.35 dan berlegar dalam lingkungan 1,677.42 dan 1,686.49 sepanjang sesi dagangan pagi ini.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 499 berbanding 194 dengan 281 kaunter tidak berubah, 895 tidak didagangkan manakala 23 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.16 bilion unit bernilai RM845.29 juta.

Seorang peniaga berkata saham serantau berdepan tekanan baharu susulan aktiviti jualan ketara di Wall Street sebelum ini yang menyaksikan Indeks Straits Times Singapura susut 1.13 peratus kepada 3,120.11, Indeks Komposit Jakarta merosot 0.43 peratus kepada 6,106.52 manakala Indeks Hang Seng Hong Kong turun 2.62 peratus kepada 26,117.27.

Sementara itu, saham wajaran tinggi di Bursa Malaysia menyaksikan Maybank untung satu sen kepada RM9.43, Public Bank susut lapan sen kepada RM24.80, Tenaga merosot 36 sen kepada RM13.56 manakala Petronas Chemicals rugi empat sen kepada RM9.25.

Bagi saham aktif, Hubline dan Bumi Armada masing-masing tidak berubah pada empat sen dan 15.5 sen manakala Astro naik 10 sen kepada RM1.39.

Indeks FBM Emas Syariah merosot 105.67 mata kepada 11,580.21, FBM 70 susut 126.76 mata kepada 13,439.28 manakala Indeks FBM Ace kehilangan 55.16 mata kepada 4,688.66.

Indeks FBM Emas berkurangan 82.95 mata kepada 11,570.76 manakala Indeks FBMT 100 susut 80.77 mata kepada 11,448.17.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 74.69 mata kepada 6,830.63, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.7 mata kepada 169.17 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 41.29 mata kepada 17,416.52. – BERNAMA

Tags: Bursa Saham
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kedudukan Malaysia Dalam EF EPI Masih Baik – Maszlee

Next Post

Singapura Uji Penanda Jalan 3D Bagi Kurang Laju

Related Posts

Anwar Nafi Miliki Syarikat Tersenarai Di Bursa Saham

12/10/2020
0

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak khabar angin yang mengaitkannya dengan syarikat tersenarai...

Pelabur Tak Terima Idea PH Bentuk Kerajaan Semula – Najib

26/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Prestasi Bursa Saham dan nilai ringgit yang masih meneruskan trend lemah pada hari ini membuktikan para pelabur...

Next Post

Singapura Uji Penanda Jalan 3D Bagi Kurang Laju

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd