• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rukun Negara Tunjang Keamanan, Kemajuan Malaysia

oleh
08/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada siapa dapat menidakkan pegangan hidup rakyat berpaksikan kepada lima prinsip Rukun Negara menjadi tunjang kepada keamanan, kemakmuran dan kemajuan, yang dikecapi Malaysia sehingga ke hari ini.

Tanggal 31 Ogos ini, genap separuh abad atau 50 tahun Rukun Negara dibentuk, selepas peristiwa 13 Mei 1969, dan peranan falsafah negara itu terus mekar sebagai tonggak perpaduan kaum dan keharmonian nasional, di Malaysia.

Bagi menyemarakkan nilai perpaduan dan penghayatan rakyat terhadap prinsip dan falsafah negara itu, Khamis ini (9 Julai), akan dilancarkan sambutan ulang tahun Jubli Emas pembentukan Rukun Negara sebagai pemacu peribadi murni rakyat, bagi membawa Malaysia terus gemilang pada tahun-tahun mendatang.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijangka melancarkan acara sambutan tersebut di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

Sambutan itu juga bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020, yang menjadi acara tahunan, bagi memperingati tarikh kemerdekaan negara dan penubuhan Malaysia.

Ini juga menjadi usaha berterusan bagi menyuburkan semangat dan jiwa seluruh rakyat Malaysia, yang sudah melalui pelbagai cabaran, onak dan duri, sejak Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970.

Lima prinsip terkandung dalam Rukun Negara adalah Kepercayaan Kepada Tuhan; Kesetiaan Kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-Undang; serta Kesopanan dan Kesusilaan.

Ia menjadi asas yang perlu diikat kemas, bagi memastikan rakyat sentiasa menerima dan memahami kepelbagaian kaum, agama dan kepercayaan, yang terdapat di negara ini sebagai satu keistimewaan dan keunikan, yang perlu dipertahankan.

Terutama pada masa kini, apabila negara sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19, dengan kelembapan ekonomi dunia, menyebabkan negara berhadapan dengan cabaran lebih getir.

Situasi itu, memerlukan masyarakat agar sentiasa patuh dan berpegang kepada prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara, bagi memastikan Malaysia terus dapat dibangunkan dengan semangat perpaduan dan kerukunan sebagai rakyat Malaysia.

Pada hakikatnya, asas utama wujudnya Rukun Negara adalah, untuk memperkukuh dan mengembalikan perpaduan kaum susulan peristiwa 13 Mei 1969, dan falsafah itu tidak boleh diketepikan, sebaliknya perlu terus diteliti dan dihayati sepenuhnya, oleh seluruh rakyat Malaysia.

Walaupun asas integrasi bukan asimilasi yang diamalkan di negara ini, dikatakan punca perpaduan tidak kukuh, namun jika setiap daripada kita berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara, perpecahan itu dapat dielakkan.

Buktinya, selepas diwujudkan Rukun Negara berikutan peristiwa pahit itu, negara masih berada dalam keadaan aman dan setiap pergeseran yang berlaku, dilenturkan dengan semangat Rukun Negara, menurut Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Mengambil semangat itu, pelancaran ulang tahun Rukun Negara ke-50, yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Perpaduan Negara, itu akan diisi dengan pelbagai program menarik, bagi mengajak orang ramai untuk turut serta menghayati prinsip dan falsafah tersebut.

Pada majlis pelancaran itu, perdana menteri dijangka turut melancarkan logo sambutan 50 tahun Rukun Negara. Selain itu setem khas bertemakan “Lima Puluh Tahun” sempena sambutan ulang tahun ke-50 Rukun Negara, juga akan dilancarkan.

Kemeriahan sambutan ini tidak akan memberi makna, jika rakyat tidak meletakkan Rukun Negara sebagai satu panduan sebaiknya, dan bukan sekadar dihafal di bibir sahaja.

Penjiwaan di sebalik Rukun Negara itu lebih penting, tidak kira siapa pun selagi kita masih rakyat Malaysia. – BERNAMA

Tags: rakyat Malaysiarukun negara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Muhyiddin Ajak Peneroka Felda Bersama ‘Gali Lombong Emas’

Next Post

Wartawan Al Jazeera Dipanggil Ke Bukit Aman Minggu Ini

Related Posts

15 Rakyat Malaysia Mangsa Penipuan Pekerjaan Ditempatkan Di Kem Tentera Thailand

15 Rakyat Malaysia Mangsa Penipuan Pekerjaan Ditempatkan Di Kem Tentera Thailand

16/02/2025
0

BANGKOK - Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok akan mengadakan lawatan konsular pada Ahad ke atas 15 rakyat Malaysia yang diselamatkan...

Rakyat Malaysia Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM120,000 Di Sungai Golok

Rakyat Malaysia Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM120,000 Di Sungai Golok

05/01/2025
0

Sungai Golok : Selepas hampir dua bulan enam rakyat Malaysia termasuk penyanyi dikir barat ditahan, polis Thailand menahan seorang lagi...

Next Post

Wartawan Al Jazeera Dipanggil Ke Bukit Aman Minggu Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd