Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Saintis Bingung Bangkai Ikan...

MISTERI menyebulungi apabila ikan paus ditemui mati terdampar di hutan Amazon dan bukannya...

Perodua Bekalkan Alat Ganti...

KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Nasional Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan terus mengeluarkan...

Tiga Pelajar Cedera Insiden...

TIGA pelajar cedera dalam kejadian tembakan yang berlaku di sebuah perpustakaan di Universiti...

Langkah Pembaharuan Dengan Semangat...

KUALA LUMPUR - Langkah pembaharuan yang diperkenalkan oleh kerajaan berkaitan hak asasi manusia...

RM15.64 Bilion Hutang 1MDB, SRC Sudah Dilunaskan Kerajaan

KUALA LUMPUR – Kerajaan sudah menerima bayaran RM336 juta (AS$80 juta) yang didepositkan ke dalam Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset (ARTA) oleh Deloitte PLT sebagai sebahagian penyelesaian berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kementerian Kewangan berkata, sehingga kini, akaun di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara itu sudah menerima sebanyak RM16.386 bilion dana yang disita dan dipulangkan berkaitan 1MDB, yang akan diguna untuk melunaskan baki hutang 1MDB serta SRC International Sdn Bhd.

“Baki ini tidak termasuk jumlah penyelesaian sebanyak RM2.83 bilion yang akan diterima daripada Kumpulan Ambank dalam masa terdekat. Selain itu, rundingan juga sedang dijalankan dengan KPMG,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Setakat ini, katanya, kerajaan sudah melunaskan RM12.54 bilion hutang 1MDB dan RM3.1 bilion hutang SRC.

“Setakat 31 Mei lalu, baki hutang merangkumi prinsipal dan kupon/ keuntungan/ faedah bagi bon, sukuk dan pinjaman berjangka, sebanyak RM39.66 billion (1MDB) dan RM2.57 bilion (SRC),” katanya.

Katanya, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini menjelaskan baki semasa Akaun Amanah hanya cukup untuk melunaskan prinsipal dan faedah hutang 1MDB untuk tahun 2021 dan 2022 saja. 


“Selepas semua dana Akaun Amanah digunakan, kerajaan masih perlu menanggung obligasi bayaran baki hutang 1MDB memandangkan hutang itu disokong kerajaan melalui jaminan kerajaan dan surat sokongan ketika hutang ini diterbitkan,” katanya.

Kenyataan itu menyebut, usaha pemulihan aset 1MDB dan SRC oleh kerajaan pada masa ini memfokuskan kepada pihak yang sudah menyebabkan kerugian kepada entiti ini ketika menjalankan tanggungjawab mereka, sama ada melalui pembabitan secara langsung atau tidak dalam pelbagai operasi dan transaksi, serta mereka yang sudah menerima wang SRC yang disamarkan sebagai aktiviti kebajikan (CSR). 

“Semua yang terbabit akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas salah laku melalui pembabitan dalam 1MDB dan/atau SRC,” katanya. – BH Online

Kategori