Rizab Terus Jatuh, Kali Ini RM12 Bilion

MERUDUM… Ketika Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sibuk cari kesalahan pentadbiran Barisan Nasional (BN) era lalu, masalah ekonomi negara terus kucar-kacir akibat tidak diurus dengan baik.

Terkini, rizab asing Bank Negara Malaysia (BNM) cuma tinggal AS$104.7 bilion (RM422.9 bilion) setakat 29 Jun berbanding AS$107.9 bilion (RM435.9 bilion) pada 14 Jun iaitu kehilangan sebanyak AS$3.2 bilion (RM12.9 bilion).

Jumlah terbaharu direkodkan itu jauh lebih besar daripada RM2.6 bilion yang ditohmah PH kononnya dicuri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada akaun 1MDB walhal ia merupakan dana sumbangan oleh kerabat diraja Arab Saudi.

Media melaporkan rizab antarabangsa BNM itu turut ambil kira pelarasan akaun suku tahunan untuk perubahan penilaian semula pertukaran mata wang asing susulan pengukuhan ringgit terhadap dolar Amerika Syarikat (AS).

Ini juga berbanding pelbagai aset rizab wang asing yang dipegang BNM. Dalam kenyataan bank pusat itu berkata kedudukan rizab hanya memadai biayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama terdiri daripada rizab mata wang asing (AS$98.3 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$0.9 bilion), Peruntukan Hak Pengeluaran Khas (SDR AS$1.2 bilion) dan emas (AS$1.5 bilion).

Juga aset rizab lain sebanyak AS$2.8 bilion yang meliputi emas dan pertukaran asing, SDR (RM423.38 bilion), kertas Kerajaan Malaysia (RM4.39 bilion) dan deposit dengan institusi kewangan (RM202.27 juta).

Tidak ketinggalan ialah pinjaman dan pendahuluan sebanyak RM7.25 bilion, tanah dan bangunan pula (RM4.17 bilion) serta aset-aset lain (RM9.95 bilion). – Mynewshub.TV

Loading...