• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Risau Ibu Sedih, Aizat Tulis Lagu ‘Jangan Menangis’

oleh AK-47
07/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Aizat Amdan dan Faizal Tahir telah berganding untuk mengeluarkan single berjudul Jangan Menangis, yang diilhamkan daripada pengalaman peribadi mereka berdua.

Menerusi lagu tersebut, Aizat dan Faizal mahu menzahirkan pengalaman mereka menyertai ekspedisi 1Moment4them pada tahun 2013 lalu, dimana mereka telah melakukan kerja amal bagi mengumpulkan dana untuk pelarian Syria di Jordan.

Bagaimanapun, Aizat juga memberitahu bahawa ada ‘cerita lain’ mengapa dia menulis senikata lagu tersebut.

Menurut penyanyi lagu Sungai Lui itu, lagu itu juga hadir daripada keberatan hatinya untuk pindah keluar daripada rumah keluarga.

“Sebahagian daripada penceritaan lagu ini datang daripada perasaan saya semasa menyertai kerja amal tersebut di Jordan. Dan pada masa yang sama, semasa saya sedang menulis lagu ini, saya sedang dalam proses untuk meninggalkan rumah keluarga,” jelas Aizat.

Sebagai anak kelima daripada enam beradik, Aizat mendedahkan bahawa ibunya bersikap amat protective terhadap anak terunanya itu dan dia berasa amat sukar untuk memberitahu ibunya tentang perkara tersebut.

Oleh itu, Faizal menggalakkan Aizat untuk menulis lagu Jangan Menangis itu sebagai cara alternatif untuk menyampaikan ‘hint’ kepada ibunya.

Sejak berpindah keluar daripada rumah keluarganya di Ampang Ogos lalu, Aizat mengatakan bahawa perkara paling susah untuk dihadapinya sekarang adalah menggosok baju sendiri!

Mungkin selepas mempunyai rumah sendiri ini Aizat boleh lebih fokus terhadap perkembangan karier dan syarikat produksinya sendiri iaitu Kasi Gegar Entertainment.

Apatah lagi, Aizat kini mempunyai protege sendiri iaitu Fattah Amin selain sedang menyiapkan album terbarunya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: aizat amdanFaizal Tahir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Zamani Buat Saya Yakin Bergerak Solo” – Faizal Tahir

05/03/2019
0

PENYANYI dan komposer, Faizal Tahir tidak menduga dapat bekerjasama dengan penyanyi legenda, Zamani yang disifatkan sebagai individu penting dalam mencorakkan...

Ragaman Bukan Kisah Saya & Isteri – Faizal Tahir

02/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Faizal Tahir, 39, menolak tanggapan lagu baharunya, Ragaman, dihasilkan berdasarkan kisah rumah tangganya sendiri. Biarpun karya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd