Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Mahathir Jangka BN Menang...

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad memang sudah menjangkakan calon Barisan Nasional...

ADUN BN Pertikai Baki...

SHAH ALAM - Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini kecoh sedikit apabila...

Bekalan Ternakan Bagi Ibadah...

SERDANG - Bekalan ternakan lembu, kerbau, kambing dan biri-biri untuk ibadah korban sempena...

Esok Tak Akan Diisytiharkan...

JOHOR BAHRU - Johor tidak akan mengisytiharkan esok sebagai hari cuti sekalipun pasukan...

Remaja Tanggung Azab Diculik, Dipukul Dan Diliwat

GEORGETOWN – Seorang remaja lelaki terpaksa menanggung azab selepas dipukul, diculik dan diliwat oleh sekumpulan lelaki menggunakan objek tumpul yang tidak dikenal pasti.

Mangsa T. Navheen, 18, kini bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang dalam keadaan mati otak.

Menurut ahli keluarga, dalam kejadian pada Jumaat lalu, mangsa dan rakannya terserempak dengan kumpulan lelaki terbabit di Island Glades kira-kira jam 11 malam.

Kumpulan lelaki berkenaan yang dipercayai bekas rakan sekolah mangsa kemudiannya bertindak memukul mangsa dengan topi keledar sebelum menculiknya dengan kereta.

Mangsa hanya ditemui beberapa jam kemudian dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta yang sama di Minden Heights iaitu kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa diculik.

Ahli keluarga mangsa memberitahu, pihak hospital pada awalnya hanya memaklumkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala, pinggang dan tangan selepas dimasukkan ke wad kecemasan.

Namun selepas itu, mereka dimaklumkan mangsa mengalami pendarahan di bahagian dubur yang menunjukkan kesan koyak disebabkan perbuatan liwat.


Malah tindakan itu juga didakwa akibat tusukan sesuatu objek tumpul seperti botol di bahagian sulit mangsa.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritenden Anuar Omar dalam satu kenyataan berkata, enam suspek telah ditahan setakat ini dan direman selama empat hari untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=pJVtaDbC1H0

Kategori