Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Bersatu Di Ambang Bahaya...

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat berada di ambang bahaya pada...

Fesyen Menawan Keluarga Awal...

DALAM banyak-banyak selebriti tempatan, stail fesyen yang digayakan pasangan selebriti Awal Ashaari dan...

Usia Dah Meningkat, Takkan...

VOKALIS kumpulan XPDC, Ali berkata kini sudah tiba masanya mereka menyampaikan lagu dalam...

Kes Baharu COVID-19 Catat...

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes,...

Remaja Perempuan Dirogol Bapa, 3 Abang Kandung

MELAKA – Derita seorang remaja perempuan yang dipercayai menjadi mangsa rogol dan liwat bapa serta tiga abang kandungnya berakhir apabila keempat-empat lelaki terbabit ditahan polis semalam.

Perbuatan jijik itu terbongkar selepas mangsa tampil membuat laporan polis, Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, berdasarkan laporan diterima, mangsa yang berusia 18 tahun mendakwa dirogol dan diliwat di sebuah rumah di Taman Sri Krubong, Tanjung Minyak di sini.

“Mangsa mendakwa dirogol dan diliwat secara bergilir-gilir oleh tiga abangnya di rumah.

“Mangsa juga dikatakan diberikan minuman yang dicampur dengan bahan disyaki dadah oleh suspek sebelum dirogol,” katanya hari ini.

Menurut beliau, pada malam pula, mangsa dirogol oleh bapanya dan sekiranya melawan, dia akan dipukul.

“Siasatan dilakukan mendapati, kejadian berlaku sejak Februari 2020 dan kali terakhir pada hujung Februari lalu.


“Susulan itu, empat suspek terbabit dan seorang wanita yang juga kakak ipar mangsa ditahan antara jam 12.45 tengah malam hingga jam 1.13 pagi semalam,” katanya.

Kesemua yang ditahan berusia 23 hingga 48 tahun dan kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati, tiga daripada suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Kategori