• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Real Madrid Julang Liga Juara Eropah Kali Ke-12

oleh
04/06/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CARDIFF – Kelab Real Madrid berjaya menewaskan Juventus 4-1 untuk menjulang Liga Juara Eropah kali ke-12 dalam perlawanan akhir di Stadium Millennium, Wales di sini awal Ahad.

Gol skuad bimbingan Zinedine Zidane dari Perancis itu dijaringkan oleh bintang sensasinya, Cristiano Ronaldo (minit ke-20 dan 64) selain Casemiro (61) dan Marco Asensio (90).

Manakala gol tunggal kelab Itali tersebut dijaringkan oleh M. Mandzukic pada minit ke-21. Real mara ke final selepas mengalahkan pesaingnya, Atletico Madrid dengan agregat 4-2.

Sementara pasukan Juventus pula mara ke peringkat akhir selepas menundukkan sebuah kelab terkenal iaitu AS Monaco dari Perancis dengan keputusan agregat 4-1.

Liga Juara Eropah yang mula diperkenalkan sejak 1955 sebelum dijenamakan semula pada 1992 lalu dengan menyaksikan 32 pasukan bertanding dalam lapan kumpulan.

Untuk rekod, Real Madrid merupakan juara bertahan yang pertama mengekalkan piala itu tahun lalu sekali gus mencatatkan 12 kali kejuaraan sejak julung kali pada 1956.

Ia mengatasi Milan yang muncul juara tujuh kali diikuti Bayern Munich dan Barcelona masing-masing lima kali, Ajax (empat) serta Internazionale dan Manchester United masing-masing tiga kali.

Manakala Juventus pernah memenangi hanya sebanyak dua kali iaitu pada 1985 dan 1996. Dalam pada itu Ronaldo muncul penjaring terbanyak iaitu 105 gol dengan 140 kali penampilan.

Real Madrid sebelum itu meraih gelaran juara La Liga 2016/17, pertama kali selepas kali terakhir meraih gelaran ini pada musim 2011/12 setelah mengalahkan Malaga 2-0 di La Rosaleda.

Skuad itu turut muncul sebagai pasukan pertama juara La Liga yang tidak pernah terlepas daripada menjaringkan gol dalam setiap pertandingan La Liga dan pelbagai saingan lain.

Sehingga tamat musim, Real Madrid juga sentiasa menjaringkan gol dalam kesemua 64 perlawanan liga yang dihadapinya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Real Madrid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

03/05/2023
0

RIYADH – Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo dikhabarkan ingin meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Nassr dan dilaporkan bakal kembali ke Real...

Real Madrid Aibkan Liverpool

07/04/2021
0

ANKARA - Kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid meraih kelebihan dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-juara Eropah UEFA apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd