• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RCI Siasat Kerugian BNM Kemuka Hujahan

oleh AK-47
24/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Peguam mewakili pihak-pihak dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an, masing-masing mengemukakan hujahan bertulis kepada sekretariat RCI hari ini.

Sekretariat RCI mengesahkan perkara itu semasa dihubungi Bernama.

Hujahan daripada peguam mewakili bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan BNM diterima oleh sekretariat RCI sebelum pukul 5 petang hari ini.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla mewakili Dr Mahathir manakala peguam Datuk Dr. Gurdial Singh mewakili Anwar dan peguam Datuk Tan Hock Chuan bagi pihak BNM dalam prosiding RCI yang berlangsung selama lapan hari.

Pengerusi RCI, Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan pada Selasa bahawa prosiding itu berakhir selepas mendengar keterangan daripada 25 saksi.

Mohd Sidek turut menetapkan hari ini untuk peguam mengemukakan hujahan bertulis masing-masing kepada suruhanjaya itu.

Antara saksi yang memberi keterangan dalam prosiding RCI termasuk Dr. Mahathir, Anwar; bekas Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dan bekas Penasihat BNM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Suruhanjaya itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wira Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah), Tan Sri Saw Choo Boon dan anggota Institut Akauntan Malaysia, K. Puspanathan.

Dalam hujahannya Mohamed Haniff Khatri berkata di sisi undang-undang, Kabinet dan perdana menteri selaku ketua kerajaan tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi sebarang percanggahan dalam laporan audit BNM.

Beliau berkata sebarang isu berkaitan dengan akaun atau dasar perakaunan terhadap laporan audit BNM terletak dalam kuasa eksklusif BNM dan Pejabat Ketua Audit Negara untuk ditentukan.

Mohamed Haniff Khatri berkata Ordinan Bank Pusat Malaysia 1958 (CBO) melarang menteri kewangan dan dengan diperluaskan kepada perdana menteri dan kerajaan untuk campur tangan dalam butiran akaun dan dasar perakaunan terhadap laporan audit BNM dari 1992 hingga 1994.

“Kerajaan, menerusi menteri yang dipertanggungjawabkan di bawah Ordinan Bank Pusat 1958, dan sebagai menteri kewangan tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam isu berkaitan akaun dan dasar perakaunan terhadap laporan audit BNM,” katanya.

Beliau berkata maklumat diberikan kepada menteri kewangan pada ketika itu adalah secara representasi lisan laporan-laporan yang belum diaudit dan masih menunggu kelulusan daripada Pejabat Ketua Audit Negara.

Katanya mana-mana menteri yang berfikiran waras semestinya hanya dijangka mengambil isi kandungan laporan audit BNM’ sebagai betul dan sebagai rujukan.

Mohamed Haniff Khatri berkata menteri kewangan tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dengan laporan audit akaun atau dasar perakaunan BNM dan pada masa sama pihak berkuasa relevan sedang mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan isu itu.

“Ia akan memberatkan lagi kesilapan Suruhanjaya Siasatan Diraja ini untuk meletakkan liabiliti ke atas menteri kewangan kerana butiran akaun dan/atau dasar perakaunan terhadap Laporan Audit BNM bagi 1992 hingga 994, sedangkan undang-undang melarang menteri kewangan, dan dengan diperluaskan, perdana menteri dan kerajaan daripada sebarang tanggungjawab itu,” katanya.

Mohamed Haniff Khatri berkata Anwar adalah betul untuk mempercayai bahawa sama ada maklumat secara lisan yang beliau mungkin perolehi berkaitan dengan kerugian itu, sebelum laporan audit diluluskan dan disahkan, iaitu yang masih belum rasmi, di sisi undang-undang tidak terletak dalam kapasitinya untuk memaklumkan kepada Kabinet.

Hujahnya, campur tangan atau andaian oleh beberapa saksi akan hakikat bahawa kononnya kerugian urusan niaga mata wang itu sebenarnya berada dalam pengetahuan Anwar dan Dr. Mahathir, tidak mempunyai kedudukan di sisi undang-undang.

Panel RCI dikehendaki menyelesaikan siasatan dan mengemukakan laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong menjelang 13 Oktober. – BERNAMA

Tags: BNM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

21/10/2025
0

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau telah...

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd