• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rating Jatuh Mungkin Punca TV Singapura Biadab?

oleh
05/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SECARA umum, bagi penduduk Johor atau mereka yang pernah berada di negeri selatan tersebut, menyaksikan program disiarkan stesen televisyen Singapura bukan perkara asing sejak dahulu lagi.

Malahan, bukan sesuatu luar biasa jika ada yang mampu hafal lagu kebangsaan republik itu, Majulah Singapura kerana sering menonton mana-mana daripada tujuh saluran teresterial milik pemerintahnya iaitu MediaCorp.

Selaras dengan taraf Singapura yang sudah berstatus sebagai sebuah negara maju sejak awal tahun 2000-an lalu, menonton stesen penyiaran republik itu seolah-olah berada di Barat berbanding jirannya, Malaysia atau Indonesia.

Sekadar rekod, warga Johor dianggap cukup bertuah kerana bukan sahaja dapat mengikuti dengan jelas percuma semua stesen TV Singapura termasuk 18 saluran radionya, bahkan 12 saluran TV dan 22 saluran radio Indonesia.

Ini belum lagi dikira sembilan saluran TV dan 25 saluran radio teresterial Malaysia. Pendek kata dengan ‘mewah’ puluhan stesen penyiaran tersebut, Bangsa Johor tidak perlu pun melanggan perkhidmatan berbayar satelit Astro.

Baca: Rancangan Ok Chope Sindir Perdana Menteri?

Video: Rancangan 'Ok Chope' Sindir Perdana Menteri?

Di sebalik gah Singapura, program TV di republik itu secara umumnya boleh dikatakan agak bosan, ‘syok’ sendiri dan penuh propaganda pemerintah meskipun teknologi penyiarannya memang canggih dibandingkan stesen jiran.

Tidak hairanlah bagi yang jenis teliti, mungkin sedar tidak banyak iklan disiarkan oleh stesen Singapura kerana jumlah rating penonton sebenarnya tidaklah ramai mana dan lebih teruk semakin berkurangan saban tahun.

Bayangkanlah daripada lebih sejuta orang menonton Channel 5 pada 2010, jumlah itu terus merosot sehingga hanya sekitar 600,0000 orang selepas tiga tahun, tetapi angka tersebut amat jarang diceritakan sangat pihak pemerintah.

Lebih lucu, ketika banyak pihak merujuk kepada agensi penarafan antarabangsa AC Nielsen untuk panduan kadar penonton semasa, MediaCorp dilaporkan menggunakan badan entah mana-mana untuk mengukur rating mereka.

Justeru, bagi elak rakyat Singapura beralih kepada siaran negara jiran, semua unit rumah pangsa awam milik agensi pemerintah HDB, ‘menyekat’ beberapa saluran tertentu dari Malaysia dan Indonesia termasuk stesen popular TV3.

Baca: Motif Jahat Tersirat TV Singapura Fitnah Najib

Maklumlah, antena televisyen dikawal berpusat dan sebagai alternatif, warga Singapura yang ‘kaki TV’ menetap di flat HDB terpaksa pasang sendiri antena dalaman secara haram untuk menonton siaran teresterial dari negara jiran.

Demi memastikan stesen republik itu diterima rakyatnya, maka program terbitan MediaCorp sejak akhir-akhir ini boleh dikatakan celupar atau terlalu terbuka waima selamba menyinggung sensitiviti negara tetangganya sendiri.

Ini termasuklah program bual bicara komedi Ok Chope menerusi Channel 5 yang sudah bersiaran sejak tahun lalu namun lucunya, rancangan itu turut dikritik teruk oleh rakyatnya sendiri sebagai ‘kosong’, merapu bahkan bodoh.

Entahlah apa niat atau agenda tersirat MediaCorp bebas menyiarkan program ‘sampah’ sedemikian konon hendak berlagak negara pulau kecil itu cukup hebat tetapi pada masa sama, menyerlahkan sikap biadab mereka pula.

Secara jujur, itulah imej ‘kiasu’ sebenar Singapura yang anggap hanya negara itu sahaja terbaik serba-serbi dan sentiasa suka memandang rendah jirannya sejak berpisah daripada Malaysia pada 1965 lalu. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: MediaCorpSingapura
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd