• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Rasa Nak Pergi Jauh” Ayat Akhir Tunang Sebelum Nahas

oleh
25/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – “Saya rasa nak pergi jauh” adalah antara ayat-ayat terakhir Nur Amira Izzaty Razip, mangsa nahas bas ekspres di Pagoh yang maut, kepada tunangnya sebelum bas itu kemalangan awal pagi tadi.

Nur Amira, 22, antara 14 mangsa yang terkorban dalam nahas bas ekspres di KM137.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berdekatan dengan kawasan rehat dan rawat Pagoh dekat sini.

Tunangnya, Hary Ramlan, 26, berkata kali terakhir dia bertemu tunangnya adalah ketika mengambil tunangnya di asrama kilang tempatnya bekerja di Senai dan menghantarnya ke Stesen Bas Larkin, yang mahu ke Negeri Sembilan bagi menghadiri majlis pernikahan kenalannya.

“WhatsApp terakhir yang dia hantar mengatakan ‘saya rasa nak pergi jauh’ jadi saya pun terkejut sebab dia tak pernah berkata begitu sebelumnya kepada saya.

“Saya hantar dia pada 11.30 malam dan tunggu dia bertolak. Ketika dalam bas pun dia ada meminta saya menghalalkan segala makan minumnya dan mengikhlaskan semua perkara selama lima tahun kami berkenalan,” katanya.

Nur Amira, yang ketika itu dalam keadaan teresak-esak semasa di stesen bas turut meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada syarikat perkhidmatan bas.

“Bas itu datang lambat, sepatutnya bas sampai pada 1 pagi tetapi tiba pada 1.45 pagi dan terus bertolak kira-kira lima minit kemudian.

“Saya bekerja sebagai pemandu bas SBS di Singapura jadi pada saya waktu rehat pemandu bas tersebut sangat singkat,” katanya kepada pemberita.

Tambahnya, dia mendapat makluman mengenai kejadian bas daripada kumpulan WhatsApp yang memaklumkannya mengenai kemalangan tersebut.

“Pada mulanya saya tidak percaya tetapi selepas melihat nombor pendaftaran bas itu, AJC 6633 saya tahu itu bas yang dia naiki kerana tiket bas dia saya yang pegang semalam,” katanya.

Menurutnya lagi, mereka bertunang sejak Mei tahun ini dan merancang untuk berkahwin pada Mei 2017.

Difahamkan Nur Amira ke Negeri Sembilan bersama seorang rakan sekerjanya, Nor Saidatul Akmal Idris, 21, yang juga maut dalam nahas bas berkenaan. – BERNAMA

Tags: Johorkemalangan mautNahas Bas Ekspres
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gerakan Kata Pemimpin P.Pinang Perintah Gaya Mafia

Next Post

Berpegang Teguh Pada Nilai Yang Mengikat Erat Kita

Related Posts

Dua Beranak Maut Motosikal Hilang Kawalan Bertembung Pacuan Empat Roda

Dua Beranak Maut Motosikal Hilang Kawalan Bertembung Pacuan Empat Roda

05/07/2025
0

TANGKAK – Dua beranak maut dalam kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda dan motosikal di Kilometer 2.5, Jalan Sialang pada...

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

26/06/2025
0

IPOH - Seorang warga emas maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam nahas dengan sebuah lori...

Next Post

Berpegang Teguh Pada Nilai Yang Mengikat Erat Kita

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd