Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Dipenjara Seumur Hidup...

PANAMA CITY - Seorang lelaki berusia 27 tahun kini terpaksa menghabiskan sepanjang hidupnya...

Palanivel Lantik Tamil Selvam...

PUTRAJAYA - Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel hari ini melantik pengerusi bahagian Raub...

Koperal Polis Mengaku Tak...

KUALA TERENGGANU - Seorang koperal polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

1MDB: Akaun UMNO, Parti...

PUTRAJAYA – Pasukan Petugas Khas 1MDB mengesahkan telah membekukan sejumlah akaun milik individu...

Ranking FIFA Harimau Malaya Jatuh Lagi

RANKING Harimau Malaya dalam Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) jatuh sebanyak empat anak tangga dari kedudukan 170 pada bulan lalu ke 174 dunia bulan ini.

Berdasarkan ranking terbaharu dikeluarkan menerusi laman sesawang FIFA, www.fifa.com, skuad kendalian Nelo Vingada itu belum mencatat sebarang kemenangan tahun ini yang boleh menyumbang kepada ranking FIFA.

Kekalahan dua perlawanan pada bulan ini antara penyumbang kepada kemerosotan ranking skuad Harimau Malaya pada November.

Bulan ini Malaysia kalah dengan jaringan 4-1 sebanyak dua kali kepada Korea Utara dalam kelayakan Piala Asia 2019.

Manakala pada aksi kelayakan Piala Asia pada bulan lepas, Malaysia tewas 20- di tangan Hong Kong, sekaligus menyebabkan penurunan mata secara mendadak.

Kali terakhir Malaysia melakar kemenangan adalah ketika menewaskan Kemboja 3-2 pada November tahun lalu di Piala AFF.


Kedudukan Malaysia juga di belakang negara-negara Asia Tenggara lain seperti Kemboja (170), Singapura (170), Indonesia (154), Myanmar (150), Thailand (132), Vietnam (125) dan Filipina (118).

Hanya Laos (184) dan Brunei (190) berada di ranking bawah Harimau Malaya.

Ranking terbaik yang pernah dicapai Malaysia ialah di kedudukan ke-75 pada 1993. – MYNEWSHUB.CC

Kategori