Ramai Tertarik Sentuhan Magis Jurusolek Puteri Johor

WAJAH cantik puteri tunggal Sultan Ibrahim dan Permaisuri Raja Zarith Sofia membuatkan ramai cukup teruja ketika majlis perkahwinan baginda diadakan di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Tunku Tun Aminah yang sememangnya mempunyai raut wajah yang cantik, ditambah pula dengan solekan yang simple membuatkan seri pengantinnya itu bertambah naik.

Baru-baru ini, jurusolek Tunku Tun Aminah, iaitu Datin Saidatulnisa menjadi tumpuan ramai netizen apabila anak lelakinya mula memuat naik tweet menerusi akaun Twitternya tentang hasil magis ibunya itu.

Zarul Iqram yang merupakan salah seorang anak lelaki Saidatulnisa juga memberitahu bahawa ibunya telah diberi peluang untuk menjadi jurusolek kepada Ummi Nazeera serta beberapa lagi selebriti antarabangsa antaranya ialah Jessica Alba serta Jodie Foster.

Ramai netizen memberi pujian serta ada juga yang sudah ‘menempah’ beliau sebagai jurusolek ketika majlis perkahwiann mereka nanti. Rezeki sungguh ya terus dapat banyak job.

Pihak InTrend juga telah menemu bual Saidatulnisa serta diajukan beberapa soalan berkaitan sepanjang sesi solekan itu diadakan.

Menurut Saidatulnisa yang lebih gemar disapa Kak Sai, ketika kejadian, Tunku Tun Aminah ada meletakkan beberapa syarat terhadap solekan yang bakal dihasilkan oleh Kak Sai.

Ujarnya, Tunku Aminah awal-awal dah warning bagitahu yang baginda cuma mahukan solekan yang simple, natural dan tidak over.

Jadi, hasil yang diberi Kak Sai itu dikatakan sentuhan timeless serta malar segar katanya. Mungkin baginda mahu ia bersesuaian dengan busana kurung yang ringkas serta ditambak pula dengan solekan nampak simple sahaja.

Kata Kak Sai lagi, solekan seperti itu sangat sesuai untuk ratu sehari kerana ianya pasti akan ditatap oleh generasi yang akan datang dan nanti bila sampai masa untuk throwback, ianya tak akan kelihatan seperti ketinggalan zaman.

“Kak Sai bermain dengan warna-warna tanah kecoklatan untuk solekan mata kerana ia mempu menaikkan seri pengantin tanpa kelihatan ‘over’.

“Litupan kulit juga setipis yang boleh, sekadar menutupi cela yang ada. Tunku Aminah sudah punya kecantikan asli, mengapa perlu disembunyikan di sebalik mekap yang tebal,” ujar Kak Sai lagi dipetik dari portal InTrend.

Bagi majlis resepsi pula, Tunku Aminah hanya mahu tambahkan sedikit glitters di kelopak matanya. Jadi, solekan ‘smokey glitters’ sangat sesuai digayakan oleh tuan puteri agar tampak sedikit glamour bagi majlis resepsi itu.

“Itu pun masih dengan syarat baginda yang tidak mahu ‘over’. Cukuplah nampak adanya solekan itu tetapi masih mengekalkan kecantikan aslinya. Syukur, solekan itu memenuhi impiannya.

“Dan, rambut didandan oleh jurudandan khas Tunku Aminah sendiri,” cerita Kak Sai untuk ilham solekannya ketika majlis malam.

Kata Kak Sai, ketika dipilih sebagai jurusolek Tunku Aminah, dia berasa sangat teruja. Walaupun sebelum ini beliau memang berpengalaman dalam menyolek pengantin diraja, namun katanya ketika mendapat panggilan daripada Pegawai Tuanku, ianya membuatkan Kak Sai telampau terharu!

Mana taknya, setiap makeup artis mesti akan ada menyimpan impian untuk menjadi jurusolek wajah puteri diraja. Kak Sai bersama beberapa lagi jurusolek dari luar negara juga perlu melakukan trial makeup sebelum dilantik menjadi jurusolek Tunku Aminah.

Ketika hari trial makeup yang dilakukan oleh Kak Sai, Tunku Aminah sudahpun melafazkan rasa suka akan solekan Kak Sai. Seterusnya baginda mendapatkan persetujuan oleh ayahanda baginda, Sultan Ibrahim supaya mengambil Kak Sai sebagai jurusolek majlis perkahwinan itu nanti.

Syukur, rezeki Kak Sai apabila ia dipersetujui oleh semua kerabat baginda dan segala-galanya sudah berjalan dengan lancar.

Jadi, anda semua kalau tak tahu nak ambil siapa untuk makeup waktu majlis kahwin, bolehlah dapatkan khidmat magis Kak Sai ni. Lepasni, semua raja sehari akan nampak sangat cantik walaupun hanya solekan yang simple!

Yelah, sekarang ni kalau boleh semua orang nak buat yang simple je. Tak perlu sarat sarat. Ini nanti pakai bulu mata palsu, nak bukak mata pun tak larat dah! Berat sangat bulu mata tu. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Loading...