Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Pakar Komputer Derma Kornea,...

Kota Kinabalu: Seorang pakar pengaturcaraan komputer yang meninggal dunia akibat masalah kesihatan baru-baru...

Datuk 80 Tahun Pecah...

SEORANG lelaki berstatus datuk memecah tradisi dalam dunia peragaan China apabila mencuri perhatian...

PH Belum Tentukan Calon...

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan setakat ini masih belum membuat perbincangan rasmi siapa calon...

Tiada Kesilapan Dalam Kiraan...

IPOH - Kementerian Tenaga dan Sumber Asli menepis dakwaan berlaku kesilapan dalam kaedah...

Ramai Peminat Fanatik, Shiha Pasang ‘Bodyguard’

TIGA tahun ‘simpan rahsia’, akhirnya kini penyanyi Shiha Zikir mengakui bahawa dia pernah mendapatkan khidmat pengawal peribadi ketika pertandingan D’Academy Asia di Jakarta, Indonesia.

Tujuan utama mengapa dia memerlukan pengawal ialah bagi mengawal suasana serta keselamatan dirinya yang sering kali dikelilingi oleh ramai peminat, lebih-lebih lagi ketika berada di seberang.

Tidak dinafikan, pada mulanya anak didikan biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar itu mengalami sedikit kejutan budaya kerana sebelum ini dia tidak pernah dikawal ketat ketika mahu mengadakan persembahan.

“Saya pernah dikawal oleh 12 orang pengawal peribadi ketika dibawa ke sebuah lokasi bagi menjayakan persembahan. Malah, untuk ke lokasi terbabit pun kami perlu menaiki kereta polis.

“Sudah tentu saya mengalami sedikit kejutan budaya sebab tidak pernah dikawal sedemikian rupa. Apabila berada di sana (Indonesia), peminat datang beramai-ramai sambil menjerit nama saya, malah ada yang menangis dan memeluk saya,” katanya dipetik daripada portal BH Online.

Bukan itu sahaja, ada juga peminat yang sanggup tidur di lapangan terbang semata-mata untuk menantikan kehadiran penyanyi kesayangan mereka itu.

Malah, kedatangannya ke sana turut disambut dengan meriah dan sering diberi hadiah oleh peminat ketika baru sampai di lapangan terbang.

Bagaimanapun, Shiha mengakui bahawa situasi begitu hanyalah sementara iaitu ketika dia berada di sana sahaja sehingga program berkenaan tamat.

Dalam masa yang sama, bekas peserta program Mentor itu sendiri mengakui bahawa dia berasa tidak selesa dengan keadaan begitu.


Hal ini kerana penyanyi lagu Jagakan Dia itu khuatir jika ada mana-mana pihak yang beranggapan dia bagaikan seorang ‘diva’.

Tambah Shiha, pernah ada ketika dia terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di sana, pihak penganjur telah menyediakan pasukan polis pengiring untuk memudahkan perjalannya untuk hadir ke lokasi persembahan.

“Ada masanya pula saya guna perkhidmatan Grab saja. Lagipun, saya kurang gemar apabila berada dalam keadaan sedemikian. Maklumlah, orang yang tidak memahami situasi itu akan mengatakan saya berlagak.

“Saya pula terpaksa berbuat begitu bagi menepati waktu. Tanpa bantuan pihak polis atau pengawal peribadi, susah untuk saya bergerak dengan pantas,” ujarnya lagi.

Shiha tetap bersyukur kerana bakatnya dihargai oleh peminat di negara itu sehingga memberi laluan kepadanya untuk mencari rezeki di negara orang.

Bukanlah mudah bagi kebanyakan selebriti tempatan untuk menempa nama ke Indonesia.

Dalam perkembangan baharu, Shiha bakal merakamkan lagu baharu bergenre dangdut bagi pasaran muzik Indonesia terutamanya untuk peminat di sana. – MYNEWSHUB.CC

Kategori