• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Suka Melancong – Presiden MATTA

oleh Ahmad Albab
30/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Rakyat Malaysia memang suka melancong, kata Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Tan Kok Liang.

Beliau berkata sejak lima tahun yang lalu, peratusan pola perjalanan telah meningkat sebanyak lima peratus setiap tahun.

“Walaupun persepsi ekonomi tidak berapa bagus tetapi rakyat Malaysia secara jujur suka melancong.Kalau tidak boleh pergi tempat yang jauh, mereka akan melancong ke destinasi domestik dan ASEAN.

“Pada pemeran MATTA ini, kita menyaksikan trend ke arah destinasi lebih murah seperti China, Taiwan, Hong Kong, Vietnam, Indonesia, Thailand dan Jepun,” kata beliau pada sidang media selepas majlis perasmian Pameran MATTA Pulau Pinang oleh Anggota Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, di sini hari ini.

Beliau berkata ketika nilai ringgit Malaysia semakin kukuh, ia juga menunjukkan peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang melancong ke luar negara.

“Kami juga gembira apabila mengetahui bahawa ramai pelancong dari seluruh dunia akan datang ke Malaysia,” kata beliau.

Ketika ditanya mengenai jualan pada Pameran MATTA, Tan berkata Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Perak, Kuching, Kota Kinabalu dan Melaka mencatatkan permintaan yang tinggi daripada orang ramai.

Terdahulu, dalam ucapannya, Tan berkata pelancongan domestik adalah salah satu daripada penjana utama dalam industri pelancongan.

Menurut Kajian Pelancongam Domestik 2016, Pulau Pinang mencatatkan ketibaan pelancong doestik kedua tertinggi di negara ini dengan sejumlah 89.3 juta pelancong dan mencatatkan pertumbuhan tujuh peratus berbanding 176.9 juta pada 2015.

Sejumlah 134 gerai pameran terdapat pada Pameran MATTA Pulau Pinang yang berakhir pada 1 April. – BERNAMA

Tags: MATTA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Seberat 152 Kilogram, Kerapu Gergasi Berjaya Ditangkap

Next Post

‘Tak Ketaq’ Hadapi Dr Mahathir – Mohd Johari

Related Posts

Kenaikan Kos Tunai Umrah: Industri Pelancongan Bersifat Pasaran Bebas – MATTA

Kenaikan Kos Tunai Umrah: Industri Pelancongan Bersifat Pasaran Bebas – MATTA

27/01/2023
0

KUALA LUMPUR : Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) akan terus memantau dan menjalin kerjasama dengan agensi berkaitan bagi...

Jangan Diskriminasi Segmen Umrah

31/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Persatuan Ejen–Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) meminta kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan (KKM) tidak mengambil tindakan tergesa-gesa termasuk...

Next Post

'Tak Ketaq' Hadapi Dr Mahathir - Mohd Johari

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd