• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Jujur Tarik Diri Sebagai Penerima PSP

oleh
23/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerima maklumat bahawa ada sebilangan rakyat yang jujur dan menarik diri sebagai penerima Program Subsidi Petrol (PSP) kerana merasa dirinya tidak layak untuk bantuan itu.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata mereka menarik diri selepas membuat semakan di portal psp.kpdnhep.gov.my dimana penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) boleh menyemak kelayakan mereka untuk PSP.

“Dalam satu rekod, penerima terbabit memaklumkan ibunya (penerima BSH) di kampung mendaftarkan namanya (bagi kenderaan) akan tetapi beliau mengakui sudah mempunyai pendapatan yang besar. Atas faktor itulah, penerima terbabit mahu menarik diri.

“Ini menunjukkan adanya rakyat Malaysia yang jujur dan ini jelas bahawa kewujudan portal itu langkah yang tepat bagi mengemaskini penerima PSP yang tersenarai dalam BSH,” katanya dalam satu persidangan media selepas melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) KPDNHEP 2019-2023 di sini hari ini.

Seramai 2.9 juta penerima BSH daripada golongan B40 yang layak menerima bantuan PSP boleh menyemak kelayakan mereka melalui portal berkenaan. Bagi penerima bantuan yang tercicir, mereka boleh melengkapkan maklumat melalui fungsi rayuan dalam portal itu.

Data penerima PSP daripada golongan B40 itu adalah berdasarkan data asas penerima BSH yang diperoleh daripada Kementerian Kewangan, dan ia disilang semak dengan data pemilikan kenderaan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan.

Penerima di bawah PSP akan menikmati subsidi petrol RM30 sebulan untuk pemilik kereta atau RM12 sebulan, untuk pemilik motosikal, dan subsidi akan diberi dalam bentuk pemindahan tunai dan akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima setiap empat bulan di mana pembayaran pertama akan dibuat pada April 2020.

Saifuddin Nasution berkata seramai 1.7 juta pelayar sudah mengunjungi portal PSP berkenaan.

Tags: KPDNHEPPSPsubsidi petrol
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Betul, Rakyat Berhak Hentam Kerajaan

Next Post

Azizulhasni Prospek Emas Sukan Olimpik

Related Posts

2,252 Laman Sesawang Disekat Langgar Hak Cipta – KPDNHEP

2,252 Laman Sesawang Disekat Langgar Hak Cipta – KPDNHEP

21/10/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya membanteras pengedaran cetak rompak secara fizikal melibatkan 531 kes...

KPDNHEP Lancar 3 Logo Baharu Barangan Buatan Malaysia

KPDNHEP Lancar 3 Logo Baharu Barangan Buatan Malaysia

14/10/2022
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melancarkan tiga kategori logo barangan buatan Malaysia yang baharu,...

Next Post

Azizulhasni Prospek Emas Sukan Olimpik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd